still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Friday, July 22, 2011

♥♥ ◕‿◕T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H ♥♥ ◕‿◕


kenapa bukan mudah untuk melupakan bekas kekasih???
menurut apa yang dah banyak saya baca, cara yang banyak disarankan adalah dengan mencari teman baru. iaitu pengganti kepada yang lama. luangkan banyak masa bersama kekasih baru. hmmm...nampaknya itu semua tak cukup berkesan untuk aku. hehehe...penchenta tegar. menurut sahabat baik aku yang juga merupakan bayang2 aku... jangan ingat dah kekasih lama kalau dia curang pada kamu. tapi, semanjak akhir2 ini dia dah ubah statement dia dah. sebab tengok aku makin teruk. dia cakap luahkanlah perasaan aku pada si dia. katanya mana tahu si dia tu masih menchentai aku lagi. chenta antara aku dan dia makan masa bertahun. bukan sebulan atau sehari. kami banyak berkongsi rahsia peribadi, malahan tahu kelemahan masing2... namun jodoh bukan berpihak pada aku dan dia...

kekuatan aku adalah kawan2 aku juga keluarga aku. Alhamdulillah, aku bangkit dari kelukaan itu. namun aku masih tak bisa berlari... masih lagi merangkak2 untuk bangun. kerana chenta aku kepada dia cukup dalam. lukanya aku akibat chenta itu, masih berdarah. tidak mahu ia sembuh dengan segera. ini semua akibat aku...aku yang masih tak bisa melupakan dia.

setiap hari, apabila terpandang pasangan berchenta, aku sedih. ku tahan air mata ini dari terus menerus mengalir. aku cuba tabah. cuba bersabar. namun, aku tak mampu terus diam. aku perlukan berita dari dia. aku ingin tahu bagaimana keadaan dia. setiap kali aku ketahui bagaimanakah keadaan dia, aku menjadi sedih kembali. kerana dia mampu menjalani hari2 yang bahagia bersama kekasih hatinya yang baru. cuma aku sahaja yang masih memenjarakan diri dalam ruang rindu yang tak pernah mempunyai sinar ini. gelap...

aku tak pernah berhenti mencari tahu tentang dia. gambar2nya yang sedang melalui saat2 bahagia meruntun tangkai hati aku. 'cukuplah mendera hatimu wahai sahabat' itulah kata sahabatku. dia terus menerus membimbing aku ke dunia realiti. katanya aku tidak bisa dibiarkan keseorangan. kemana sahaja dia pergi, aku turut diheret bersama... katanya lagi...dekatkan diri dengan penciptamu itu. adukanlah segala kegusaran hatimu itu kepadaNya. DIA sesungguhnya cukup mengerti. CINTAILAH DIA, lebih dari cinta kamu kepada bekas kekasihmu itu. terima kasih cik WAN ZILIATI WAN ZAKARIA @ ISMAIL, kerana sentiasa ada sewaktu aku memerlukan bahu untuk bersandar, menghulurkan tisu tatkala airmata aku mengalir membasahi pipi, menggoncang bahu aku untuk menyedarkan aku tentang dunia realiti. terima kasih sahabat.

Wednesday, July 20, 2011

apabila saya jumpa dia...


setelah setahun berlalu, saya jumpa dia balik. janggal jugak la masa mula2 bertentang mata. hmmm...tah, aku je kot yang rasa macam tu. bagi dia mungkin biasa2 je kot. alahai...

aku tak tau nak cakap ape. tak selesa... lidah kelu seribu bahasa. pelik...aku yang peramah orangnya dan mudah mesra jadi macam ni. nak cakap ape pun aku tak tau... dia aku tgk cool jek. ye la...antara kami dah tak ada apa2. tapi ape kena dengan aku?

dia...masih macam dulu tak berubah. tapi mungkin sedikit berisi. ye la kerja senang kan, lagi pulak dah berpangkat. bukan calang2 orang dah dia tu. aku je...masih belum menjadi sesiapa. pangkat tak ada...harta apatah lagi...ape pun tak ada. kenapa la aku masih ingin memenjarakan diri aku dengan kenangan2 lalu.

dia nampak cukup bahagia. pandai kekasih barunya itu menjaga si dia. terurus segalanya. aku..mungkin masa aku bercinta dulu, sikap kebudak2an aku masih tebal. belum matang, cinta di usia muda. hmmm...banyak cabaran dan halangan. ya...mungkin akibat kesilapan aku, dia pergi kepada yang lain. dulu...aku cukup marah. tak redha dengan ketentuan Allah. sekarang aku faham, aku sendiri tak mampu untuk membahagiakan si dia, sebagaimana kekasih barunya itu. aku juga tak cukup kuat untuk menyokong cita-citanya. sekarang aku redha... semoga dia bahagia selalu.

kepada si dia...

saya harap awak bahagia...
saya akan cuba lupakan awak...
saya mintak maaf, saya tak boleh jadi kawan awak..
sebab saya akan sedih bila tengok muka awak..
saya tak sanggup tengok mata awak..
saya tak sanggup tengok awak dengan kekasih awak tu...
saya tak nak nagis dah...
saya penat dengan perasaan tu...
saya tak mampu jaga awak sebaik kekasih awak jaga awak..
awak akan kurus bila bersama saya...
tapi awak akan gemuk dan berisi bila bersama dengan kekasih awak..
saya tak serasi dengan awak...
kita tak padan...
awak tinggi..
saya pendek...
dia cantik...
saya buruk...
kita ni ibarat langit dan bumi...
jauh terpisah...
banyak perbezaan...
macam minyak dan air...
tak mungkin bersatu...
saya doakan awak bahagia...
saya akan bahagia bila awak bahagia...
saya akan sentiasa doakan awak bahagia dengan kekasih awak tu...

Tuesday, July 5, 2011

✿^^✿ [R].[I].[N].[D].[U]. ✿^^✿


bila duduk-duduk saja macam ni...perasaan rindu tu datang. banyak benda yang aku rindukan. sangat-sangat aku rindukan. kalau la aku boleh putarkan kembali masa, akan aku lalui semula segala memori yang menggamit kerinduan aku ni. alahai.....


aku rindu zaman kanak-kanak aku...
beli gula2 seposen 4 [sekarang jangan harap dapat]
rindu kutip duit raya [sekarang aku yang pokai...huhuhu]
rindu kat geng aku masa kanak-kanak...
masa tu kami tak kenal ape itu play station...
permainan yang ada cukup tradisional dan bermusim..
musim main layang-layang... semua nak beli layang-layang... yang kreatif tu akan buat sendiri... ada yang buat besar, ada jugak yang kecik... masa tu pokok buluh pak cik sulong akan jadi sasaran kami...kadang-kadang pokok buluh hiasan mak aku pun, aku rembat jugak. hmmm....
tiba musim main getah gelang, semua orang ada getah gelang.... pakai getah gelang sampai ke siku. sepak getah gelang tu sampai putus selipar.... pastu dah tak ada selipar, balik rumah, selipar abah pulak jadi sasaran....besar??? ape aku peduli... janji menang main sepak getah. hahaha
musim main guli...semua orang sibuk beli guli. merengek2 aku kat abah nak beli guli.
seronoknya zaman kanak-kanak...
tak perlu fikir masaalah...
tak ada masaalah pun...
makan pakai semua mak ayah yang sediakan...
hmmm...bezanya la ngan masa besar ni...
nak balik zaman kanak-kanak...

aku rindu zaman sekolah aku...
rasanya nak sekolah balik...
nak belajar..
nak exam...
nak rehat kat kantin sekolah...
buat bising dalam kelas... [ ciss...hampeh ]
aku nak study rajin-rajin...
kot-kot la boleh jadi doktor haiwan... [kakaka...berangan!!!!]

aku rindu zaman universiti aku...
rindu untuk aktif berteater
aku rindu aktiviti berteater...
aku rindu nak hafal skrip teater...
aku rindu kena dera ngan abg idham masa hafal skrip...
aku rindu nak jalan kaki dari kolej kediaman ke pusat kebudayaan..
aku rindu nak makan tom yam kat sixth kolej...
aku rindu tuk pusing-pusing KL ngan ABQ...
rindu kat first kolej...
rindu kat mid valley megamall...
rindu nak tengok festival seni universiti malaya...
alahai...banyak yang aku rindu...
rindu kat pasar malam Kerinchi
rindu nak makan-makan kat kolej 12 [sebab murah dan sedap heheh ^^]
rindu kat van pusat kebudayaan...
rindu kat pn.rose...kak nani...en.ramzi..kak dot..n sume2 la...yang ada kat pusat kebudayaan tu...
rindu kat cikgu Taklempong yg ensome tu....hehehe [gatai!!!!]
rindu kat rumah depan hospital UM...
rindu kat sume2 tu.... hmmmm....

[a][k][u] [r][i][n][d][u] ~ ♥♥ ◕‿◕