still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Friday, July 22, 2011

♥♥ ◕‿◕T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H ♥♥ ◕‿◕


kenapa bukan mudah untuk melupakan bekas kekasih???
menurut apa yang dah banyak saya baca, cara yang banyak disarankan adalah dengan mencari teman baru. iaitu pengganti kepada yang lama. luangkan banyak masa bersama kekasih baru. hmmm...nampaknya itu semua tak cukup berkesan untuk aku. hehehe...penchenta tegar. menurut sahabat baik aku yang juga merupakan bayang2 aku... jangan ingat dah kekasih lama kalau dia curang pada kamu. tapi, semanjak akhir2 ini dia dah ubah statement dia dah. sebab tengok aku makin teruk. dia cakap luahkanlah perasaan aku pada si dia. katanya mana tahu si dia tu masih menchentai aku lagi. chenta antara aku dan dia makan masa bertahun. bukan sebulan atau sehari. kami banyak berkongsi rahsia peribadi, malahan tahu kelemahan masing2... namun jodoh bukan berpihak pada aku dan dia...

kekuatan aku adalah kawan2 aku juga keluarga aku. Alhamdulillah, aku bangkit dari kelukaan itu. namun aku masih tak bisa berlari... masih lagi merangkak2 untuk bangun. kerana chenta aku kepada dia cukup dalam. lukanya aku akibat chenta itu, masih berdarah. tidak mahu ia sembuh dengan segera. ini semua akibat aku...aku yang masih tak bisa melupakan dia.

setiap hari, apabila terpandang pasangan berchenta, aku sedih. ku tahan air mata ini dari terus menerus mengalir. aku cuba tabah. cuba bersabar. namun, aku tak mampu terus diam. aku perlukan berita dari dia. aku ingin tahu bagaimana keadaan dia. setiap kali aku ketahui bagaimanakah keadaan dia, aku menjadi sedih kembali. kerana dia mampu menjalani hari2 yang bahagia bersama kekasih hatinya yang baru. cuma aku sahaja yang masih memenjarakan diri dalam ruang rindu yang tak pernah mempunyai sinar ini. gelap...

aku tak pernah berhenti mencari tahu tentang dia. gambar2nya yang sedang melalui saat2 bahagia meruntun tangkai hati aku. 'cukuplah mendera hatimu wahai sahabat' itulah kata sahabatku. dia terus menerus membimbing aku ke dunia realiti. katanya aku tidak bisa dibiarkan keseorangan. kemana sahaja dia pergi, aku turut diheret bersama... katanya lagi...dekatkan diri dengan penciptamu itu. adukanlah segala kegusaran hatimu itu kepadaNya. DIA sesungguhnya cukup mengerti. CINTAILAH DIA, lebih dari cinta kamu kepada bekas kekasihmu itu. terima kasih cik WAN ZILIATI WAN ZAKARIA @ ISMAIL, kerana sentiasa ada sewaktu aku memerlukan bahu untuk bersandar, menghulurkan tisu tatkala airmata aku mengalir membasahi pipi, menggoncang bahu aku untuk menyedarkan aku tentang dunia realiti. terima kasih sahabat.

1 comment:

  1. lucky to have such friend... and why dont u just open ur heart to someone new coz u deserve to get better.. why and why wait for those who does not know the word loyalty, sincerity and trust...

    ReplyDelete