hari ni aku menghadiri sebuah karnival di bandar tempat tinggal aku. bukan saja2 datang cuci mata, tapi kehadiran yang penuh dengan pengisian. 2 orang anak murid aku menyertai pertandingan pidato di karnival tersebut. cik hawa berpidato menggunakan bahasa Malaysia, manakala cik jannah pidato berbahasa Inggeris. hmmm...begitu semangat 2 orang anak muridku ini. kalau berjaya mendapat tempat pertama, mereka akan menjelajah negeri perak pula.
pertandingan bermula jam 2 petang. sempat la solat zohor dirumah terlebih dahulu. turun sahaja dari rumah, aku lihat awan mendung, gelap dan hitam pekat. hujan lebat bakal menyusul. aku cuma berharap, sepanjang pertandingan cuaca baik. hmmm...Alhamdulillah, perjalanan ke bandar tersebut hanya memakan masa 20 minit sahaja. hujan turun lebih kurang 10 minit. tak begitu lebat.
kami sampai ke karnival tersebut lebih kurang jam 1.45 minit petang. makanya...kami belum terlewat untuk mendaftar. aku serta sahabat aku berjalan dengan lenggang-lenggoknya ke tempat pertandingan bagi urusan pendaftaran. sampai je kat stage, KOSONG.... eh...tak ada sambutan ke???? hmmm....mungkin juga ramai orang tak mahu keluar musim2 tengkujuh ni... maklumlah...hujan tak dijangka.
sahabat aku dengan bangganya...menyuruh 2 orang anak murid kitaorang yang cun melecun tu mendaftar. namun, pendaftaran masih belum boleh dilakukan...KERANA, urusetia pendaftaran masih belum sampai... alahaiiii.... terkesima aku seketika... jam sudah menunjukkan tepat pukul 2. sepatutnya...pertandingan sudahpun berlangsung.. hmmm...janji melayu, kata aku di dalam hati sambil mulutku merungut2 kapada sahabat aku atas kelewatan itu. cik hawa dan cik jannah pulak merungut kerana nak cepat, tak nak terlewat mereka tak sempat bersolek cantik, sekadar touch-up ringkas hasil kreativiti aku. hmmmm....menantilah kami... tak sampai 5 minit menunggu...hujan lebat turun, tempias tak usah ceritalah ditambah pula dengan air yang mulai membanjiri bawah kerusi. sungguh tidak selesa. tapi kami masih setia di bawah khemah tu. alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kata orang... TUNGGU.... TUNGGU...... TUNGGU lagi...
cik hawa dan cik jannah yang ceria
akhirnya, hujan mulai renyai...datang la si pembantu pendaftaran ni... bagi2 kertas pastu duduk berborak2 dengan abg PA system. amboi seronoknya lah ek... kami ni dah berasap tunggu... walaupun hujan lebat, tapi masih rasa panas...HATI TERBAKAR tu.. tiba2 si pembantu pendaftaran tu cakap la yang pertandingan tu akan dimulakan dalam 5 minit lagi, memandangkan juri yang dilantik sudah sampai. hmmm....semakin tak senang duduk la 2 orang budak cun tu.. risik punya risik peserta pidato Bahasa Melayu cuma 2 orang sahaja yang mendaftar. manakala pidato Bahasa Inggeris pula 3 orang peserta yang telah mendaftar. so...kami dengan bangganya mula rasa yakin mampu mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.
NAMUN....setelah 5 minit berlalu...pertandingan masih belum dijalankan... kenapa ye??? 10 minit berlalu..... 15 minit berlalu..... 20 minit berlalu... akhirnya...hujan pun dah berhenti tetapi pertandingan masih juga tidak dijalankan... aduh....inilah janji melayu...hmmmm... tepat jam 3 petang [hujan dah berhenti dah pun...] ada sekumpulan anak muda datang [dalam 5 orang la...] semuanya perempuan. bertanyakan kaunter pendaftaran... hallo...awak dah lewat sejam dah pun dik oiii.... kalau akak yang anjurkan pertandingan ni....awak dah tak boleh daftar dah pun.. [sila balik]
selepas sahaja perempuan2 tu mendaftar, pertandingan terus sahaja dijalankan. macam adik2 tadi je VIP untuk majlis ni. dia sampai...majlis terus berlangsung... pertandingan dimulakan dengan pidato Bahasa Melayu. 3 orang peserta sahaja. masa 10 minit seorang. melihatkan dari cara penyampaian, gaya serta bahasa...anak murid kami cik hawa mempunyai kelebihan. sangat yakin dan bersahaja penyampaiannya... aku serta rakan aku yakin cik hawa bakal meraih tempat pertama. sejurus tamat pidato Bahasa Melayu, majlis diteruskan pula dengan pidato Bahasa Inggeris. 5 orang peserta, masa 10 minit juga seorang. melihatkan cara penyampaian,gaya,serta keyakinan dipentas cik jannah kelihatan agak gugup, kerana inilah kali pertama cik jannah naik stage dan bercakap di hadapan orang ramai. kami jangkakan cik jannah bakal meraih tempat ke 3, berdasarkan isi pidato yang mantap, serta sebutan yang jelas.
pertandingan TAMAT. tiba masanya penyampaian hadiah. namun, 2 orang anak murid kami ni terikat dengan aktiviti lain. perlu meninggalkan majlis sejurus tamat pidato mereka. maka tak sempatlah mereka berdua tu melaram dengan hadiah masing2 di pentas. mungkin masuk surat khabar tu nanti. keputusan diumumkan....alangkah TERKEJUTNYA aku... cik hawa mendapat tempat ke 2. kecewanya kami. sungguh, prestasi yang ditunjukkan oleh cik hawa semasa di pentas sangat baik jika ingin dibandingkan dengan peserta yang mendapat tempat pertama tu. manakala cik jannah pula mendapat tempat ke 3, yang mana menepati ramalan kami. tapi kami cukup tidak puas hati dengan keputusan pidato Bahasa Melayu tu. PENING.... [tapi kami tak pegi pulak kat meja juri untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati kami] bak kata pepatah....rumah dah siap, tetapi pahat masih jugak nak berbunyi... hmmm...biarlah.
mujur pertemuan kami dengan cikgu Lin, yang merupakan cikgu disekolah kami...menjawab rasa tidak puas hati tu. menurut kak lin... juri2 tersebut sangat dikenalinya. katanya orang sekampung beliau.. manakala, kanak2 yang datang lewat yang juga menjadi juara pidato Bahasa Melayu tu adalah anak murid juri terbabit. ohhhh...kuasa VETO telah digunakan disini. menang pertandinggan menggunakan kabel... hmmmm...adat dunia akhir zaman... maknanya...penantian selama lebih kurang 1 jam tersebut, hanyalah untuk menunggu juara yang datang untuk diumumkan. inilah satu pertandingan yang pernah aku hadiri...mempunyai juara sebelum pertandingan dimulakan... HEBAT.....HEBAT.....dan SANGAT HEBAT....
tahniah kepada pemenang....
cik Hawa...andalah JUARA sebenar di hati kami...
cik Jannah...anda adalah seorang yang berani..
[cik Hawa tak kisah pun sebenarnya...lepas kami serahkan hadiah senaskah Al-Quran, sijil serta wang tunai bernilai RM150, cik Hawa dan cik Jannah melonjak kegembiraan...]
mata duitan tol hahaha..well thats life lar dear, when cronism rules the one who deserve the place will be left behind and those with 'cable jaws' rules eventhough they are not dat good.
ReplyDeletesangat teruk. tak puas ati den.. nak marah2 takut hilang ayu.. [ceh..ayu la sangat kan...] tak apa, atas dunia mmg la boleh buat ape yang korang suka, nanti cara kepimpinan korang akan di nilai di akhirat. tahniah...kerana menambah saham akhirat.
ReplyDelete