Friday, May 4, 2012
monolog seorang penakut
ketakutan memaksa aku mendiamkan diri
aku seorang yang penakut
takut untuk meluahkan rasa yang terpendam
takut akan perasaan itu jika terluahkan ia akan melukakan
hati aku malah hati dia juga turut akan terluka.
takut untuk menerima kenyataan.
tapi jika aku mmenjeruk rasa ini aku takut aku akan kehilangan dia
dia yang sememangnya telah melangkah keluar dari hidup aku
takut dia membenci aku selamanya
takut akan hari2 yang bakal mendatang
takut masa yang berdetik memaksa aku dipisahkan
jauh dan semakin jauh...
ketakutan inilah yang membuatkan aku diam
takut akan kata2 aku melebihi batasannya
takut dikatakan aku menagih kasihnya yang telah lama padam dihatinya
aku manusia biasa
tak mampu meluahkan, kerana ketakutan itu mengunci aku
diam dan terus diam
biarlah aku terus menjadi penakut
biarlah aku terus digelar pengecut
kerana aku takut untuk melukakan orang lain
aku takut orang lain akan terluka akan keterbukaan aku meluahkan
biarlah aku seorang yang terluka
takut akan ada insan lain lagi turut terluka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment