still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 31, 2011

cuti...dan kertas periksa [ +_+ ]


yahooo...cuti sekolah. budak sekolah bukan main gembira lagi bila start cuti sekolah. KECUALI budak sekolah yg bakal menduduki exam tahun ni. tak kira la UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM. semua calon exam tu sah2 ada kelas time2 cuti cam ni. huhuhu... tak merasa la korang enjoy. hahahaha [ketawa jahat]

satu golongan lagi yang akan menjerit HOREYYYY bila cuti sekolah ialah cikgu sekolah. hahaha... time macam ni la cikgu2 yang duk kat perantauan ni akan balik kampung. jumpa keluarga... ye la hari2 biasa duk ngajo anak bangsa bg pandai. tanpa manusia yg bergelar guru atau pun cikgu ni...tak akan ada doktor yg hebat, tak akan ada peguam yg mantap. seperti puisi ini:


Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


aku cukup suka puisi ni. puisi ni buatkan aku sentiasa ingat akan asal usul diri aku. malah puisi ni jugak yg membakar semangat aku untuk mendidik anak bangsa. huh...aku bukan nak cerita pasal semangat aku yg berkobar2 mendidik sekarang ni, tapi aku nak cerita pasal semangat aku yang berkobar2 untuk CUTI. hahaha....

2 minggu cuti. cukup untuk buat aku enjoy. tapi ke'enjoy'an aku tu terbang. sebab cuti ni aku di bekalkan kerja yg best. terpaksa berkabung kat umah 2, atau 3 hari. MENANDA KERTAS PERIKSA. huh...sampai juling bijik mata aku ni menanda karangan anak2 murid yg sedang membesar ni.

tingkatan 1 inovasi [ kelas ke-2 last]. umur 13 tahun, tapi karangan tahap budak darjah 3. kesalahan tatabahasa ketara sangat. so banyak la kerja aku memperbaiki kesalahan struktur ayat diaorang tu. so berganda la kerja aku. suruh cerita tentang jasa ibu bapa, dia cerita pasal ambik anak kucing, pastu bela. aduh.... +_+ kesian aku rasa. tak pe lapas cuti ni aku ada sebulan lagi nak brainwash diaorang ni. muda lagi ni... bak kata pepatah, 'belakang parang sekalipun kalau diasah hari-hari, akan tajam juga'. so tak kronik masalah ni. masih boleh diatasi.

tingkatan 2 bestari [ kelas first] maknanya kelas pandai la. aku ajar BM. so kena tanda paper karangan la. tak banyak masalah menanda kertas diaorang ni. cuma ayat agak kurang gramatis. masih boleh diperbaiki.

tingkatan 5 dedikasi [ kelas no.2 ]. kelas sederhana bijak. aku ajar perdagangan. subjek yang tak pernah aku belajar time aku form 5 dulu. banyak benda aku kena belajar. jumpa ketua panatia, jumpa ketua bidang tuntut ilmu. sebelum aku ajar, aku yg study dulu. belajar bagi faham, supaya aku tak ajar ajaran sesat. bila exam, kerja aku sangat ringan. banyak yg salin soalan jek. sure ramai yg tak lulus ni. huh..salah aku ke ni???? adus...menjawab la aku time post mortem kang. +_+ mati...mati..

tu la cikgu...cuti pun kerja jugak. banyak yg salah anggap yg cikgu ni kerja mudah. KEPADA ORANG-ORANG YANG BERANGGAPAN SEDEMIKIAN, SILA FIKIR BALIK SEMULA. KERJA GURU NI BUKAN MUDAH. BUKAN CALANG2 ORANG YANG TAHAN SERTA MAMPU BERTAHAN DAN BERSABAR.

akhirnya....menanda kertas periksa dah selesai.. aku nak enjoy... sebelum start sekolah balik. sebab, bila dah start sekolah, aku pulak yang akan di brainwash time post mortem kang. sebelum tension...baik aku happy2 dulu. jom pi KL...beli baju raya. yey ^^,

Thursday, May 12, 2011

skuter EGO LC dan aku


skuter tu bukan aku yg punya. mak aku yg punya. dia beli skuter tu bagi memudahkan dia berulang-alik ke balai raya dimana mak aku dan kawan2 warga emasnya menambah pahala dengan bertadarus bersama-sama. suci betul niat mak aku. tapi bila aku mula ditawarkan bekerja, aku tak ada transport nak berulang-alik. so dengan rela hatinya, mak aku pun bg la skuter ego LC nya yg ala2 bau kedai lagi tu kat aku. aku memang perlukan cik CCT tu. so...bermula la kerjaya aku sebagai cikgu ganti kat sebuah sekolah menengah.

setiap pagi cik CCT tu bawak aku pegi sekolah. memulanya aku agak berkira2 gak la nak menyarungkan helmet kat kepala aku yg telah siap bertudung cantik. sebab aku cukup risau kalau tudung aku tu kepot-kepot [a.k.a berkedut2 kat depan dahi tu, kalau pompuan sure paham] tapi perjalanan ke sekolah terbabit kira-kira 23 kilometer, memang memaksa aku menyarung helmet terbabit kat kepala aku. dengan cermat, aku pakai helmet, tapi aku pastikan betul2 yang helmet terbabit tak merosakkan tudung aku. [hehehehe...tau melawo jek aku ni... ngeh..ngeh..ngeh] vVvRRRrrroooommmmmm... cik CCT memulakan perjalanannya yang mulia...

sedar tak sedar dah 3 minggu aku bergelar minah skuter. hmmm...bermacam2 pengalaman yang aku dapat bila memulakan perjalanan seawal 6.45 pagi ke sekolah. yg paling aku tak tahan...setiap hari mesti ada bangkai binatang mati di langgar. huhuhuhu...aku yang berjiwa sentimental ni ala2 nak nangis gak bila tengok kebanyakkan binatang yang mati tu dalam keadaan yang agak ngeri. sadis pun ada.. ada musang....monyet..kucing hutan...kucing pun ada. kesian kucing tu... [aku memang suka kucing hehehe]

tu baru cerita pasal binatang mati di langgar. kes aku kehilangan stiker yamaha lagi dasyat. pelik betul budak2 sekolah ni. nak buat kes curi pun agak2 la.... stiker yg harga 3, 4 ringgit pun nak gak rembat gak ke? huh...sengal tol korang. dari korang rembat stiker tu...baik la korang rembat duit berjuta2. dosanya sama jek... cikgu disiplin siap announce kat perhimpuan. siap mintak pulang balik sebelum siasatan lebih lanjut dijalankan. hmmm...seminggu berlalu...tak ada sape pun pulang stiker tu. aku tak kisah pun...aku bukan tak mampu beli balik stiker tu. aku pun da tau sape yg ambik. cuma malas nak panjangkan kes. biar la...budak2 nak meningkat dewasa ni memang banyak kerenah.

bila balik sekolah da tengahari. panas rembang. kul 2.30, korang agak la panasnye cam mana. so aku nak tak nak kena balik gak la rumah. dengan kesabaran yang tinggi [kadang2 tak sabar langsung..hehehe] aku memandu cik CCT balik ke rumah. masa ni la...nak hangin satu badan. biasa la...Tuhan tu sering kali menguji kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran. waktu balik aku...sama dengan budak sekolah balik. bebudak merempit tak usah kira la... tapi aku banyak naik angin ngan pakcik2, atok2, makcik2, serta nenek2 yang tau memandu tapi tak tau undang2 jalan raya. masuk simpang sesuka hati, keluar simpang pakai redah jek. aku terpaksa membrek kecemasan setiap kali golongan ini buat kesalahan. lutut aku ni...lebam gak la. hmmm.... amik lesen zaman dulu tak ada undang2 pasang signal kot. ^O^

abis minggu ni, bermakna da 4 minggu aku ulang alik ngan cik CCT. kulit aku yg cerah dulu da jadi ala2 tan da pun. tak payah gi pantai nak jemur2. aku masih ada 1 bulan lagi nak teruskan kerjaya murni aku tu. maka selama 1 bulan lagi la cik CCT akan berulang alik dengan aku. kalau dulu time belajar selalu la jadi pembonceng.[rindu pada en. ABQ, mana tah dia sekarang huhuhu ] skrg bila dah jadi pemandu motorsikal baru aku faham, atas jalan raya kita kena banyak sabar. sebab sikap manusia ni bermacam ragam. bak kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. terima kasih cik CCT. kerana mengajar aku erti kesabaran.

Friday, May 6, 2011

apabila aku mula berhenti berharap.... +_+


apabila aku berhenti berharap. semuanya sudah tak pasti, kabur dan kelam... aku tak faham keadaan atau keadaan itu yg tidak pernah cuba untuk memahami aku. penat berharap....memaksa aku untuk berhenti. berhenti sebelum sesuatu yang lebih kejam terjadi. kejam buat diri aku yang terlalu berharap.... angan-angan aku.... impian aku...semuanya jadi sia-sia. penat menunggu... penat melayan perasaan yang bercampur baur. aku rasakan semangat yang dulu mula bertunas....mulai gugur satu persatu... aku semakin lemah.. aku semakin keliru dengan perasaan aku... Tuhan... dugaan apakah ini... begitu hebat dugaan-Mu terhadap aku. aku tak mampu menanggung semua derita ini... [sigh]....

apabila aku berhenti berharap.... aku masih cuba untuk tidak membazirkan titisan air jernih di kelopak mataku... aku cuba untuk bersabar... cuba untuk menerima keadaan yang berlaku... sejarah tak mungkin berulang...

apabila aku berhenti berharap...aku cuba buang jauh2 semua kenangan dulu. cuba untuk tidak mengingat semua kisah lama... alangkah baiknya jika aku mampu men'delete semua kenangan lama. aku yakin...segala kesakitan yang membebani aku ini akan terbang meninggalkan aku... hmmm....alangkah baiknya kan...

apabila aku berhenti berharap....aku tak tahu kenapa perlu kenangan lama itu mengusik jiwa. alangkah baiknya jika hati aku ini sekeras batu... tidak terkesan dengan apa juga dugaan yang mendatang. aku penat...letih...lelah.. sampai bila semua ni perlu aku tanggung sendiri???? kenapa aku masih terkurung dalam siksa yang membebani jiwa aku ni... kenapa aku tak mampu untuk keluar... kenapa aku tak mampu untuk mendorong diri aku untuk keluar dari siksa kenangan lampau ni. lemah sungguh aku.. ya...aku manusia yang lemah... Tuhan....berikanlah aku petunjuk-Mu...

apabila aku berhenti berharap...
aku perlukan sebuah kekuatan...



forever broken


tried very hard to beleive that all the pain...the misery is just a dream... A ninghtmare.
want to woke up, but I'am already awake
feeling the bitter emptiness in my already tortured soul.
really want to scream, but will it change everything for better
torn and broken; forever grieving for the foolishness.
Aching and wounded. the scar will never heal. the cure was never found
the sighning and groaning lasted.
will never tame my heart....will never quited it from crying
with such horrible pain...at heart and mind
that such much memories; that such much promises
will never be erased.... tired; but it didn't ceased
it burned out my feelings.
the pitiless pain; still raging and maddened my soul..

[copyright from: en.zackputra's collection]