still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 31, 2011

cuti...dan kertas periksa [ +_+ ]


yahooo...cuti sekolah. budak sekolah bukan main gembira lagi bila start cuti sekolah. KECUALI budak sekolah yg bakal menduduki exam tahun ni. tak kira la UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM. semua calon exam tu sah2 ada kelas time2 cuti cam ni. huhuhu... tak merasa la korang enjoy. hahahaha [ketawa jahat]

satu golongan lagi yang akan menjerit HOREYYYY bila cuti sekolah ialah cikgu sekolah. hahaha... time macam ni la cikgu2 yang duk kat perantauan ni akan balik kampung. jumpa keluarga... ye la hari2 biasa duk ngajo anak bangsa bg pandai. tanpa manusia yg bergelar guru atau pun cikgu ni...tak akan ada doktor yg hebat, tak akan ada peguam yg mantap. seperti puisi ini:


Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


aku cukup suka puisi ni. puisi ni buatkan aku sentiasa ingat akan asal usul diri aku. malah puisi ni jugak yg membakar semangat aku untuk mendidik anak bangsa. huh...aku bukan nak cerita pasal semangat aku yg berkobar2 mendidik sekarang ni, tapi aku nak cerita pasal semangat aku yang berkobar2 untuk CUTI. hahaha....

2 minggu cuti. cukup untuk buat aku enjoy. tapi ke'enjoy'an aku tu terbang. sebab cuti ni aku di bekalkan kerja yg best. terpaksa berkabung kat umah 2, atau 3 hari. MENANDA KERTAS PERIKSA. huh...sampai juling bijik mata aku ni menanda karangan anak2 murid yg sedang membesar ni.

tingkatan 1 inovasi [ kelas ke-2 last]. umur 13 tahun, tapi karangan tahap budak darjah 3. kesalahan tatabahasa ketara sangat. so banyak la kerja aku memperbaiki kesalahan struktur ayat diaorang tu. so berganda la kerja aku. suruh cerita tentang jasa ibu bapa, dia cerita pasal ambik anak kucing, pastu bela. aduh.... +_+ kesian aku rasa. tak pe lapas cuti ni aku ada sebulan lagi nak brainwash diaorang ni. muda lagi ni... bak kata pepatah, 'belakang parang sekalipun kalau diasah hari-hari, akan tajam juga'. so tak kronik masalah ni. masih boleh diatasi.

tingkatan 2 bestari [ kelas first] maknanya kelas pandai la. aku ajar BM. so kena tanda paper karangan la. tak banyak masalah menanda kertas diaorang ni. cuma ayat agak kurang gramatis. masih boleh diperbaiki.

tingkatan 5 dedikasi [ kelas no.2 ]. kelas sederhana bijak. aku ajar perdagangan. subjek yang tak pernah aku belajar time aku form 5 dulu. banyak benda aku kena belajar. jumpa ketua panatia, jumpa ketua bidang tuntut ilmu. sebelum aku ajar, aku yg study dulu. belajar bagi faham, supaya aku tak ajar ajaran sesat. bila exam, kerja aku sangat ringan. banyak yg salin soalan jek. sure ramai yg tak lulus ni. huh..salah aku ke ni???? adus...menjawab la aku time post mortem kang. +_+ mati...mati..

tu la cikgu...cuti pun kerja jugak. banyak yg salah anggap yg cikgu ni kerja mudah. KEPADA ORANG-ORANG YANG BERANGGAPAN SEDEMIKIAN, SILA FIKIR BALIK SEMULA. KERJA GURU NI BUKAN MUDAH. BUKAN CALANG2 ORANG YANG TAHAN SERTA MAMPU BERTAHAN DAN BERSABAR.

akhirnya....menanda kertas periksa dah selesai.. aku nak enjoy... sebelum start sekolah balik. sebab, bila dah start sekolah, aku pulak yang akan di brainwash time post mortem kang. sebelum tension...baik aku happy2 dulu. jom pi KL...beli baju raya. yey ^^,

No comments:

Post a Comment