still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 12, 2011

skuter EGO LC dan aku


skuter tu bukan aku yg punya. mak aku yg punya. dia beli skuter tu bagi memudahkan dia berulang-alik ke balai raya dimana mak aku dan kawan2 warga emasnya menambah pahala dengan bertadarus bersama-sama. suci betul niat mak aku. tapi bila aku mula ditawarkan bekerja, aku tak ada transport nak berulang-alik. so dengan rela hatinya, mak aku pun bg la skuter ego LC nya yg ala2 bau kedai lagi tu kat aku. aku memang perlukan cik CCT tu. so...bermula la kerjaya aku sebagai cikgu ganti kat sebuah sekolah menengah.

setiap pagi cik CCT tu bawak aku pegi sekolah. memulanya aku agak berkira2 gak la nak menyarungkan helmet kat kepala aku yg telah siap bertudung cantik. sebab aku cukup risau kalau tudung aku tu kepot-kepot [a.k.a berkedut2 kat depan dahi tu, kalau pompuan sure paham] tapi perjalanan ke sekolah terbabit kira-kira 23 kilometer, memang memaksa aku menyarung helmet terbabit kat kepala aku. dengan cermat, aku pakai helmet, tapi aku pastikan betul2 yang helmet terbabit tak merosakkan tudung aku. [hehehehe...tau melawo jek aku ni... ngeh..ngeh..ngeh] vVvRRRrrroooommmmmm... cik CCT memulakan perjalanannya yang mulia...

sedar tak sedar dah 3 minggu aku bergelar minah skuter. hmmm...bermacam2 pengalaman yang aku dapat bila memulakan perjalanan seawal 6.45 pagi ke sekolah. yg paling aku tak tahan...setiap hari mesti ada bangkai binatang mati di langgar. huhuhuhu...aku yang berjiwa sentimental ni ala2 nak nangis gak bila tengok kebanyakkan binatang yang mati tu dalam keadaan yang agak ngeri. sadis pun ada.. ada musang....monyet..kucing hutan...kucing pun ada. kesian kucing tu... [aku memang suka kucing hehehe]

tu baru cerita pasal binatang mati di langgar. kes aku kehilangan stiker yamaha lagi dasyat. pelik betul budak2 sekolah ni. nak buat kes curi pun agak2 la.... stiker yg harga 3, 4 ringgit pun nak gak rembat gak ke? huh...sengal tol korang. dari korang rembat stiker tu...baik la korang rembat duit berjuta2. dosanya sama jek... cikgu disiplin siap announce kat perhimpuan. siap mintak pulang balik sebelum siasatan lebih lanjut dijalankan. hmmm...seminggu berlalu...tak ada sape pun pulang stiker tu. aku tak kisah pun...aku bukan tak mampu beli balik stiker tu. aku pun da tau sape yg ambik. cuma malas nak panjangkan kes. biar la...budak2 nak meningkat dewasa ni memang banyak kerenah.

bila balik sekolah da tengahari. panas rembang. kul 2.30, korang agak la panasnye cam mana. so aku nak tak nak kena balik gak la rumah. dengan kesabaran yang tinggi [kadang2 tak sabar langsung..hehehe] aku memandu cik CCT balik ke rumah. masa ni la...nak hangin satu badan. biasa la...Tuhan tu sering kali menguji kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran. waktu balik aku...sama dengan budak sekolah balik. bebudak merempit tak usah kira la... tapi aku banyak naik angin ngan pakcik2, atok2, makcik2, serta nenek2 yang tau memandu tapi tak tau undang2 jalan raya. masuk simpang sesuka hati, keluar simpang pakai redah jek. aku terpaksa membrek kecemasan setiap kali golongan ini buat kesalahan. lutut aku ni...lebam gak la. hmmm.... amik lesen zaman dulu tak ada undang2 pasang signal kot. ^O^

abis minggu ni, bermakna da 4 minggu aku ulang alik ngan cik CCT. kulit aku yg cerah dulu da jadi ala2 tan da pun. tak payah gi pantai nak jemur2. aku masih ada 1 bulan lagi nak teruskan kerjaya murni aku tu. maka selama 1 bulan lagi la cik CCT akan berulang alik dengan aku. kalau dulu time belajar selalu la jadi pembonceng.[rindu pada en. ABQ, mana tah dia sekarang huhuhu ] skrg bila dah jadi pemandu motorsikal baru aku faham, atas jalan raya kita kena banyak sabar. sebab sikap manusia ni bermacam ragam. bak kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. terima kasih cik CCT. kerana mengajar aku erti kesabaran.

5 comments:

  1. kalu sy dpt budak curik sticker awk tuh sy suruh dia cium tayar skuter awk n jilat rim skuter tu sampai berkilat.. lahabau nyer budak.. harta menda cikgu pun nak curi.
    alhamdullilah perjalanan yg pernuh keberkatan... feel so sad thinking of you and your hot torturous ride every afternoon ...huhuhu

    ReplyDelete
  2. fluffyteddy awk penat ek? a new poem composed just for u... enjoice

    Be..

    Be strong knowing you have somebody cares for you always
    Be Brave for it is who you are...
    Be Patient, God tested only those who can stand it
    Be happy as you look radiant when you are smilling
    Be courageous.. those who hurt you donno what they have lost
    Be who you are always... a strong, brave, patient, happy, courageous and among the most beautiful women i ever met.. ^^,

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. hahaha...zackputra, hitam itu menawan. hehehe, tapi i tak la sampai burn teruk.. hmm...kes curik stiker tu i buat tak layan pun. kalau nak ikutkan hati,mmg i nak belasah cukup2 budak tu. tapi i biarkan je la...budak2. stiker tu lebih pada mampu i nak beli baru. [hihihi konon kaya] ^^ whatever it is i like ur poem. like it very much. [ perasan pun ada nih..ahakss (= ]

    ReplyDelete
  5. wk cute la lagu ni...namep ape ek?

    ReplyDelete