still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Monday, June 20, 2011

pagi isnin yang tragik


hari isnin 20 jun 2011. entah kenapa aku senang jek aku bangun. siap mandi aku pun bersiap nak ke sekolah. entah kenapa pagi ni mood aku lain macam. aku buat tak tau jek. sebab aku perlu sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi. mak aku keluarkan motor [cik CCT dari dalam garaj]. aku capai helmet n sweeter dan terus siap2 nak ke sekolah. aku keluar jek, kucing kesayangan ada atas seat motor. eh..ponyo ni nak ikut aku gi sekolah ke??? [jangan harap aku cakap dalam hati] aku ambik ponyo, aku letak kat beranda rumah. aku tengok ponyo punya muka [dia buat muka poyo] aku pun tak paham kenapa. marah kat aku kot, sebab aku tak bg dia ikut. selalunya dia tak macam tu. sebab selalunya bila aku nak pegi sekolah dia mesti baring2 kat depan pintu rumah. aktiviti setiap pagi sebelum mak bagi dia makan. aku tak ambik port langsung pasal ponyo yang pelik tu. aku terus start motor VrOOOoomm....terus jek gi sekolah.

sepanjang perjalanan, aku asyik terbayang2 benda tak elok jek. risau aku. jadi aku kurangkan kelajuan cik CCT. biasanya aku bawak 70 km/j ari ni aku bawak 60 km/j jek. entah...hati aku pun tak berapa nak tenteram. hmm...seperti biasa jalan kampung kat Chenor akan sibuk setiap pagi. makcik, pakcik, budak2 org yg tak berapa tua akan bawak kereta dan motor mereka masuk atau keluar simpang tak bagi signal. jadi aku hadkan kelajuan cik CCT 40km/j jek. senang nak membrek bila ada kecemasan. tapi mungkin pagi ni merupakan pagi yang tragik dan malang bagi aku. lebih kurang 50 meter aku nampak sebuah kereta proton saga lama dan sebuah masuk ke jalan utama. cik CCt masih steady lagi. biasa la kereta baru masuk sure perlahan, tiba2 dia brek, aku pun brek la kecemasan jugak. takut terlanggar belakang kereta dia. oleh kerana cik CCT masih baru, dan dari jenis EGO yg mempunyai tayar yg kecil. brek kecemasan aku tu membuatkan cik CCT hilang kawalan. streeeeeettt......GEDEGUUUMMM....

aku dan cik CCT eksiden. kepala aku tersembam kat jalan. aku terus bangun. tengok keadaan cik CCT. kesian dia, telinga dia patah. [aka side mirror sebelah kanan] muka dia calar balar. aku????? lepas aku bangun dari jatuh, aku terus bangun dan duk kat tepi jalan. keluarkan handset dan tepon rumah, mak yg jawab. terkejut mak. abah tak ada kat rumah, da gi pejabat projek tanam semula sawit dia. jadi aku tepon handset abah. reaksi yang sama bila aku maklumkan kat abah yang aku eksiden. so bergegas la kedua ibu bapa aku ke tempat kejadian. aku baru perasan aku luka2. sakit baru nak terasa. hadoiii....idung berdarah pun aku tak perasan. sekelip mata sungguh.

orang2 kat tempat kejadian cepat jek penuh. ape ingat ni sale hari raya ke??? Cik CCT yg terbaring kat tengah jalan dah pun parking kat bahu jalan. sape yang angkat pun aku tak tau. polis pun ada duk kawal lalu lintas. baru aku perasan aku eksiden depan balai polis Chenor. kakak yg bawak proton saga tu offer bawak aku gi klinik kesihatan Chenor. orang2 kat situ pun cakap benda yang sama. aku pun dalam keadaan sakit memang memerlukan rawatan. naik jek kereta, aku pun belek2 luka kat badan. kaki kiri gesel jalan agak teruk keadaannye. putih nampak isi. kaki kanan lutut luka sikit. tangan kiri luka kat jari kelingking ngan siku, tangan kanan pulak terseliuh dan luka kat tapak tangan. hudung mmg berdarah dari tadi, aku guna sweeter jek lap darah tu. sampai klinik, belum buka pun lagi. aku duk kat luar 5 minit. pastu nurse datang bawak aku masuk dalam, dia suruh aku baring sementara Madical Assistant datang. masa tu la sakit berdenyut2 kat luka. hadoiii...tahan je la.. lebih kurang 20 minit aku tunggu baru la MA tu datang. cuci luka n sapu iodin.

kejap jek rawatan tu, pastu MA tu cakap aku kena pi balai bwat report. abah sampai aku pun pegi je balai. so nak buat report la ni, polis tu cadangkan kitaorang tak buat report. sebab cik CCT tak la parah sangat keadaannya. kalau wat report pun aku kena cas RM300 sebab cuai. lagi pulak lesen aku P. modal baiki cik CCT pun tak sampai RM300 abah cakap. so cancel wat report. gi balik klinik, amik MC dan ubat baru balik rumah.

sakitnya eksiden.... seluruh badan sakit. otak pun sakit bila mengenangkan cik CCT yang dah cacat. muka pulak tu da tak cun. aku nasib baik helmet tu ada cermin. kalau tak mau calar balar muka. alahai..... +_+

4 comments:

  1. sian awk... n sian cik CCT gak... well dats why people says 'malang tidak berbau' walaupun 'ponyo' nangis2 sambil pegang kaki awk tak bagi g sekolah pun awk still akn g skolah today.. becoz it is written by Allah u will met dis accident today at dat hour at dat place.. we as human have to accept all the fate written upon us patiently.. take ur medicines and ave a good rest k dear.. n hugs and kisses to ponyo yg b aik ati nak bagi awk petunjuk tuh..hehehehe

    ReplyDelete
  2. zackputra, thanks 4 ur advice. hmm....hari kedua selepas eksiden lebih menyakitkan. sy tak boleh jalan. sangat sakit...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. uhhh..teruk gak tu. Sabar ya wk. Kuatkan semngat. Jangan lupa makan ubat dan sapu ubat. Sy doakan awak cepat sembuh dan dapat menjalani hari2 seperti biasa.

    ReplyDelete
  4. hmmm...thanks en.malau. berkemungkinan seminggu jugak duk umah ni... huhuhuhu... ubat pun da nak abis, luka masih teruk. sok sy akan ke klinik lagi, mohon MC. sebab MC sblm ni 2 ari jek. tak cukup. huhuhu....terima kasih sebab prihatin ^^

    ReplyDelete