still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Friday, June 10, 2011

alamak cuti dah habis la.... +_+

adoiiii....ni yg lemah satu badan ni. rasa macam sekejap sangat cuti. tak puas bersenang lenang. dah nak start sekolah balik. hmmm...macam ni la kebanyakan cikgu sekolah rasa bila cuti sekolah hampir2 tamat. hadoiii...mengeluh panjang pun tak guna, dah namanya 'makan gaji' jadi jangan la buat2 tanya. isnin nanti bangun awal pagi...siap2 pi la sekolah. ajaq budak2 ngaji. bagi depa pandai. tugas mulia lagi diberkati. jangan nak mengeluh panjang nanti rezeki lari.

hmmm....setelah berehat panjang, kerja perlu diteruskan. mana semangat aku??? apehal la pulak aku rasa macam malas jek ni... ni la penyakit kronik yg aku ada. dah berzaman menghantui jasad aku ni. hadoiii.... sakit betoi la ko ni cik fluffyteddy oiii... bila la ko ni nak berubah. rasanya aku perlu bukak perniagaan sendiri kot. jadi bos dan jadi kuli. tapi...org macam aku ni boleh ke berjaya??? ngeh...ngeh..ngeh... berangan lebih dari mat jenin la.. huh...

bebanan kerja time cuti sekolah da settle semuanya. bukak sekolah jek aku kena masukkan markah dalam komputer. kutip markah setiap mata pelajaran dari guru yg mengajar tingkatan 2 bestari. hadoiii...ni la cikgu. mengajar dalam kelas dia buat, marking paper dia buat, masukkan markah dalam komputer dia buat, dan macam2 lagi la kerja yg cikgu ni perlu buat. bak kata ADIBAH NOR, kalau la dia yg jadi menteri pelajaran, dia akan bg 1 cikgu, 1 kerani. aku cukup sokong cadangan beliau tu. cukup murni dan sangat memahami bebanan yg guru alami sebab dulu pun dia cikgu. kesian cikgu2 aku, kesian kawan2 aku yg jadi cikgu..dan kesian jugak aku... huhuhu

tak apa la...walau menteri sekali pun tak nampak bebanan yg guru ni tanggung, Tuhan sentiasa celik, sentiasa melihat. guru ni jasanya besar...mendidik anak2 bangsa. setiap langkahnya pahala. maka, para guru sekalian teruskanlah berjasa.

sebab adanya guru la aku hari ini menjadi orang yg berguna [ceh..perasan ke aku??] cikgu juga la yg mengajar aku tulis baca. walau ada beberapa perkataan bahasa inggeris aku salah. dah besar baru perasan. keh..keh..keh.. sadis sungguh. malah dengan bantuan guru2 juga lah aku mampu melangkahkan kaki ke universiti. [aku ingat aku ni tahap minah kilang jek hahah] malah, peranan pensyarah aka cikgu juga lah yg melayakkan aku menggeggam segulung ijazah. terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat semua guru2 aku. ramai yg dah pencen, malah turut ada diantaranya menjadi rakan sekerja aku sekarang. tanpa mereka siapa la aku...

harapnya aku boleh bangun awal hari isnin nanti... ahakss....

2 comments: