still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, February 23, 2011

DPLI ambilan 2011

kepada sesiapa yang berminat untuk memohon DPLI sila alert ngan tarikh yg diberi. selamat maju jaya buat semua.

Kalendar Aktiviti DPLI 2011
28 Februari 2011 - Iklan
1 Mac 2011 - Permohonan dibuka
16 Mac 2011 - Permohonan ditutup (Borang online)
19 Mac 2011 - Tarikh Tutup penghantaran salinan sijil ke IPTA..

Monday, February 21, 2011

keputusan STPM 2010


hmmm....hari ni mungkin jadi hari yg paling bersejarah buat adik2 yg telah menduduki peperiksaan STPM tahun lepas.... ada yg berjaya...dan ada juga yg tak berjaya... ada yg menangis gembira dan tak kurang juga ada yang menangis kecewa.... hmm...yang berjaya tu Alhamdulillah... namun bagi yg tak berjaya...jangan putus asa.. rezeki kamu mungkin ada kat tempat lain. cuma masa yg belum sampai.... Tuhan tu sering menguji kita, supaya kita semua ni tak leka.

kepada yg berjaya jangan leka. isi cepat2 kursus yg berkenan dihati. mohon la universiti mana yg menjadi idaman kalbu. jangan lambat2....jangan isi kursus sebab mengikut kawan. ambil kursus yg bersesuaian dengan result kamu.

kepada yang tak berjaya tu pulak....jangan sedih2 ye... mungkin bukan rezeki kamu... cuba bidang lain pulak ye.. sekarang ni orang yang ambik sijil kemahiran lebih laku dari yg ada degree. so fikir2 kan la ek... sekarang ni banyak peluang belajar kemahiran. cuma 'nak' dan 'tak nak' je..

kepada yg berminat nak sambung belajar kat IPTS pulak pastikan institut yg kamu pilih tu di iktiraf oleh JPA. takut2 nanti bila dah separuh jalan belajar...tup..tup jek program pengajian kamu tu tak di iktiraf... hmmm....duit melayang, masa pun terbuang.

fikir baik2 sebelum buat keputusan... bincang dengan keluarga atau datang je sekolah bincang dengan guru2 kamu, terutama guru kaunseling... mungkin mereka ada pendapat bernas untuk dikongsi bersama..