still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Saturday, December 10, 2011

HIDUNG BERDARAH


Hidung Berdarah


Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?

*Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?

* Kecederaan di hidung
* Udara yang terlampau sejuk atau kering
* Menghembus hidung dengan kuat
* Terlalu kerap bersin
* Ketumbuhan dalam rongga hidung

Apakah yang perlu dilakukan?

Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

Rawatan segera:

* Duduk dan tunduk ke hadapan
* Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
* Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
* Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
* Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
* Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor


hmm...hidung aku semakin kerap berdarah... mungkin dah tiba masanya aku buat rawatan lanjut kat sepital kot... harap2 tak teruk..