still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 14, 2011

ya Allah...berilah bahagia itu milik aku =)


semua orang mahu bahagia...aku jugak tak terkecuali. aku ingin bahagia itu milik aku. tapi aku tak nampak pun caranya lagi...kabur dan kelam. ape yg patut aku buat? jerit pada 1 dunia ni yg bahawasanya aku kepingin untuk bahagia? hishhh...memalukan. aku bukan seperti itu....

aku tak mampu ubah segala yg berlaku. setiap kali kawan2 aku invite aku tuk attend wedding diaorang, aku jadi sedih. bila la aku akan jadi macam diaorang tu sume. mak aku pun hari2 da bising. asyik suruh aku kawin jek. katanya aku bukan muda lagi. tapi aku rasa aku macam muda je lagi. so no hal bagi aku. tapi bila aku jejak kaki kat wedding kawan2 aku, ayat wajib yg pasti diaorang tanya aku ialah 'ko bila lagi'. so jawapan selamat yg aku bg ialah 'jodoh aku datang lambat'. sabar ek kengkawan sume. harinya akan tiba. cuma aku tak tau bila. korang2 sume akan aku invite. kasi perabis la nasik minyak n gulai daging masa kenduri aku tu nanti. makan la sampai buncit. hahaha...

hmmm...mana la jodoh aku kan. kenal ke aku ngan dia? baik ke dia? adeh...banyak tol soalan yg tak mampu aku jawab. en.jodoh...segera la muncul. kita kenal2. hahaha... boleh ke macam tu. Ya Allah....setiap hari aku memohon, berilah bahagia itu milik aku. permudahkanlah segala urusan hidup aku.

Tuesday, April 12, 2011

28 mac yg ke-7 ' vs' 22 april yg ke 7


suram sangat 28 mac yg ke 7, sama la jugak dengan 28 mac yg ke 6 dulu... bosan. sebelum yg ke 6 dan yg ke 7 tu...ceria sangat. macam pelangi.. macam2 warna ada... aku boleh jadi kekanak tabika sebut satu2 warna yg ada... itu dulu....masa berdua, bila kita lonely, semua gelap...

korang tentu tertanya2 ape kena mengena tarikh 28 mac tu pada aku kan? ape pulak yg ke 7 tu.... tarikh aku di beranakkan ke? hahahaha...bukan..bukan...dan salah.. sure ada yg tepat tekaan korang kan... 28 mac adlh anniversary aku dan DIA. suatu ketika dulu, iaitu 5 tahun yg sudah... 28 mac utk tahun yg ke 6 dan 7 kami tak sambut...sebab AKU... i'm not the perfect person... well...cakap omputih lak aku ni kan..

lagi satu, sure korang tertanya2 lagi, 22 april tu ape pulak kan... tarikh 22 april adalah tarikh si DIA lahir. aku ingt lagi 1st hadiah birthday yg aku bg kat dia. hadiah tu DIA simpan dalam almari jek... malu nak bawak kua.. mungkin agak kurang maskulin hadiah yg aku bg kat dia tu.. hadiahnya adalah... jeng..jeng..jeng.. SEEKOR TEDDY BEAR. CHEH...teddy bear??? sure korang akan cakap aku merapu bg teddy bear kat seorang lelaki kan... aku tak tau nak bg ape, so aku belikan DIA hadiah yg aku suka. AKU SUKA TEDDY BEAR....sangat....sangat...suka. jadi aku pilih seekor 'FLUFFYTEDDY' untuk DIA.

tapi kami hanya sempat gembira bersama2 untuk 5 tahun yg lepas... masuk tahun ke 6, kami masing2 jauh. macam2 masalah kami hadapi. kalau dulu kami selalu sangat jumpa... jalan2 sekitar 1st kolej, makan2 kat 6th kolej, jumpa2 kat tempat kami belaja...hmmm nak katakan aku dan DIA selalu jumpa. hari-hari. tapi bila masing2 jauh...kami mula gaduh2.. mula2 kecik..pastu makin besar..makin besar...BOOOOMMMM... meletup... apa yg membuatkan aku angin satu kepala ialah....aku terbaca mesej pempuan lain kat hp DIA. so.. bulan 2 kami CLASH, selepas aku balik dari sebuah temuduga di bandaraya bersejarah. masa tu aku sungguh nekad... aku tak pandang belakang dah.. dia call aku tak layan... marah sungguh masa tu.. aku rasa di khianati.

lama aku cari kekuatan utk jadi seperti sekarang.. kuat dan tabah...(tabah ke? abis tu tadi ko nangis kan...) heheh...kuat la tuk terima perpisahan kami.. kalau dulu aku yakin sangat bahawasanya aku akan menamatkan zaman bujang ini melalui ikatan perkahwinan antara aku dan DIA. tapi segala-galanya berubah... aku dan DIA tidak bersama..

dalam pada aku cuba untuk bangkit dari kesedihan...aku dengar khabar, DIA sudah bertemu pengganti.... masa tu, aku tak tau kenapa air mata aku laju jek turun... mula la segala kenangan antara aku dan DIA berlegar2, berputar2 dalam kepala. aku rasa macam demam...panas sangat. aku bernasib baik la...ada kawan2 yg paham. diaorang nasihatkan aku, bawak aku jenjalan.. melalui kengkawan aku jugak la...aku dapat ayat yg paling klise dalam malaysia ni, "kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum". thanks my pren... u allz la kekuatan aku. so...aku mula terima kenyataan yg mmg kami tidak berjodoh.

kepada DIA...ini kata2 ku...

sy tak pernah lupa tarikh2 keramat kita..
sy tak pernah berhenti ingat setiap memori kita...
sy tak pernah kerat rambut sy lps kita clash...(sbb awk suka sy rambut panjang,even sy bertudung)
sy tak pernah tak ambik tau hal awk...(thats why la..sy tau awk da ada pengganti sy)
yg paling penting......
sy tak pernah berhenti cintakan awk....:'(