still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, October 18, 2011

HEPATETIS B




gerun kan. ramai yang menulis tentang kegerunan mereka berkenaan penyakit yang lebih cepat berjangkit ini berbanding AIDS atau HIV. buat pengetahuan pembaca sekalian, aku atau saya merupakan pengidap penyakit hepatetis B carrier. setiap 6 bulan aku perlu menjalani ujian darah, untuk memastikan hati aku dalam keadaan baik. Alhamdulillah aku masih lagi sihat. sebagaimana yang orang ramai tahu penyakit ni boleh menyebabkan kanser hati sekiranya ia tidak dirawat dengan baik. so....pesakit hepatetis B perlulah mengadap doktor 6 bulan sekali untuk mengetahui sejauh mana keadaan kesihatan hati mereka.

ramai yang bercakap tentang bahayanya penyakit hepatetis B ni. tapi ada diantaranya salah maklumat. kelakar...sampai boleh putus tunang bila tau bakal suami tu ada hepatetis B. pastu beria-iya pulak nak balik pada bekas tunang lepas dapat penjelasan lanjut berkenaan hepatetis B. hello....lain kali kalau tak tau tanya dulu. barulah buat keputusan. nasi da jadi bubur dear.... ada lagi cerita yang lebih tragis, turut berkaitan dengan si pengidap hepatetis B. seorang isteri yang mencurigai suaminya 'makan luar' disebabkan suaminya ada hepatetis B. dia serta anaknya tidak mengidap penyakit tersebut. malah ibu, bapa serta seluruh ahli keluarga si suami juga tidak di diagnosis sebagai pengidap hepatetis B. suaminya juga bukan penagih dadah sure la tak berkongsi jarum suntikan yang membolehkan si suami dapat penyakit berjangkit akibat berkongsi jarum suntikan. si isteri juga begitu yakin si suami juga tidak pernah menjalani pemindahan darah. makanya si isteri cuma nampak satu cara je yang mampu membolehkan si suami itu dijangkiti penyakit hepatetis B...iaitu akibat daripada hubungan seks dengan pengidap penyakit hepatetis B. hmmm...kesian kan. sebab penyakit ni rumahtangga yang dibina atas dasar cinta tu bergolak.

bukan hubungan seks je yang boleh menyebabkan penyakit hepatetis B tu tersebar. tuala yang lembut tu pun boleh menyebarkan virus hepatetis B. mana la tau masa tengah2 lap muka, sebijik jerawat tu pecah, darah pun mengalir...lekat kat tuala. bila orang lain guna mungkin jugak virus tu tersebar. kalau pesakit hepatetis tu tak sedar yang dia tu pembawa kuman hepatetis, dia dapatkan rawatan pergigian...segala alat tu pulak tak di sterilizer'kan [basmi kuman] maka virus tu boleh menjangkiti orang lain. so, setiap pesakit yang mengidap hepatetis B ni akan dapat khidmat nasihat setiap 6 bulan. jika mahu mendapatkan rawatan pergigian, kita kena maklumkan pada doktor serta jururawat, yang bahawasanya kita mengidap hepatetis B. so...segala alatan yang akan digunakan untuk pesakit hepatetis B special sikit, kerana ia akan dinyah kuman setelah digunakan. tapi mungkin akan jadi customer yang last sekali la.. segala jenis barangan peribadi milik pengidap hepatetis B ni tak boleh dikongsi. sikat, berus gigi, pisau cukur, penyepit kuku, kerongsang, atau apa sahaja yang boleh menyebabkan si pesakit tu terluka. secara sedar ataupun tidak. sebab bila seseorang pesakit hepatetis B tu luka, darah si pesakit tu telahpun mencemari alatan tersebut. so bila kamu yang bukan mengidap penyakit ni gunakan alatan yang sama, justeru turut sama luka...kuman tu akan cepat memasuki badan kamu. TETAPI....terdapat juga sebilangan manusia yang mana sistem imun tubuhnya kuat. virus yang memasuki sistem badan manusia terbabit akan segera dimatikan. maka, dia tak akan ada penyakit ni walau sering terdedah dengan pesakit hepatetis B.

penyakit ni sukar untuk disedari kehadirannya bila ia mula menjangkiti kita. kebanyakan pengidap penyakit ni akan kelihatan normal. ramai orang sedar apabila kulit mereka kelihatan kuning, serta mata pun turut sama kuning. [ala...ala...sakit kuning yang dihidapi bayi baru lahir] masa tu la pesakit sedar, apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital. virus ini secara senyap merosakkan organ badan, terutamanya hati. oleh yang demikianlah, ramai yang tidak sedar mereka telah dijangkiti. aku pun baru sedar setelah menyertai kempen derma darah 3 tahun lepas. aku tak ada rasa sakit pun pada mana2 bahagian badan. rasa macam biasa, sihat. setelah aku tau aku mengidap penyakit hepatetis B, setiap 6 bulan aku perlu menjalani pemeriksaan darah di klinik pakar Hospital Temerloh. malah, unit tabung darah Hospital Temerloh juga turut mengadakan sesi kaunseling. yang mana seluruh ahli keluarga aku diminta datang menjalani ujian darah kerana aku sendiri tak tahu dari mana aku dapat penyakit ni. tetapi bila ujian darah tersebut dilakukan, ternyata aku, abang aku dan juga 2 orang adik aku mengidap penyakit ni. kami dapat dari ibu kami yang juga positif mengidap hepatetis B. so, keturunan la... ahli keluarga aku yang lain yang tak mengidap penyakit ni dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin pelalian HBV ni. kita tak akan tahu kita mengidap penyakit ni, pergilah menjalani ujian darah. lagipun sekarang ni sistem perubatan kita sudah maju.

siapa kata pesakit hepatetis B ni tak boleh dapatkan zuriat... sekiranya bakal suami atau bakal isteri yang kamu bakal kahwini tu mempunyai penyakit hepatetis B ni. segeralah kamu mengambil vaksin pelalian HBV. selalunya hospital kerajaan hanya berikan suntikan ini untuk bayi, serta kakitangan hospital sahaja. so, dapatkan suntikan pelalian HBV ini di klinik2 swasta. pergi dan tanya setiap klinik swasta sekiranya mereka ada perkhidmatan menyuntik vaksin HBV ini di klinik mereka. jangan pulak bila tau je bakal suami atau bakal isteri ada penyakit hepatetis B, terus batalkan perkahwinan. setiap penyakit ada ubatnya. kecuali dua TUA dan MATI. seeloknya, pasangan ni perlulah berjumpa dengan doktor, dapatkan khidmat nasihat, dengar penjelasan doktor berkenaan penyakit ni. jangan terus menghukum, tanpa kamu ketahui cara untuk mengatasi permasalahan kamu.

nah baca kat link ni... mungkin sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan kamu tentang apa itu penyakit hepatetis B , bagaimana cara untuk mengelak penyakit ini dari menjangkiti orang lain, dan apakah rawatan yang kamu perlukan sepanjang kamu mengandung bagi mengelakkan bayi kamu dijangkiti.

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/HepatitisB.pdf

tapi apa yang penting, dapatkan khidmat nasihat doktor yang pakar dalam bidang ni. jangan cepat sangat membuat keputusan tanpa penilaian yang tepat. fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Saturday, October 15, 2011

M.A.A.F [hanya itu yang aku mampu lakukan]


serba salah...
berat...
sangat berat....

tak tau punca...
kusut...
serabut...


diam...
tak ada sebutir bicara...
aku...
serba salah...

hmmm....
apa yg sepatutnya aku lakukan?
masih tak tau...
bingung...


rajuknya mungkin panjang...
merentap tangkai hati aku..
sesak...
tak mampu bernafas...
lemas...

apa yg patut aku lakukan....

maaf...itu yang mampu aku katakan...
mungkin maaf itu tak mampu memperbaiki segalanya..
luka dihati kamu tak mampu aku hilangkan parutnya..
akan aku jaga hatimu itu...
akan aku ubati ia...
semoga kamu kembali ceria...

maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...

Tuesday, October 11, 2011

M.A.S.I.H


masih banyak lagi yang kamu ingin cari...
masih bergunung soalan yang aku perlukan jawapan.
masih banyak lagi yang kamu ingin perbaiki...
masih aku setia disini...
masih banyak yang kamu ingin rasai
masih aku perlu banyak menahan sabar...
masih banyak yang kamu hajati...
masih aku setia dengan hajat nan SATU...
masih banyak yang kamu ingin kecapi
masih belum aku ingin berganjak...
masih banyak yang harus kamu jaga..
masih setia aku dengan rasa yang sama...
masih banyak yang harus kamu semai...
masih mekar perasaan yang pernah kita rasai bersama...

masih.....
aku masih lagi berdiri disini....
tak ingin aku berganjak.
walau tembok itu menghalang pandangan aku.
walau jemari aku masih belum bisa menyentuh kamu..

masih...
masih ku nantikan kamu...
masih...
masih aku perlukan kamu...

Thursday, October 6, 2011

keluhan....


aku...
dia...
entah...
haishhhh....keluhan yang tak bererti...
panjang dan berat...
masih tak mampu menenangkan hati aku.

aku yang tidak pasti...
masih menyimpan harap...
namun, harapku itu berbalam-balam.
tidak pasti...

hmmmm...
mengeluh lagi...
buat kesekian kalinya...
berat...
masih tak bisa merobohkan tembok penghadang antara aku dan dia.