still waiting...

Daisypath Friendship tickers

Saturday, December 10, 2011

HIDUNG BERDARAH


Hidung Berdarah


Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?

*Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?

* Kecederaan di hidung
* Udara yang terlampau sejuk atau kering
* Menghembus hidung dengan kuat
* Terlalu kerap bersin
* Ketumbuhan dalam rongga hidung

Apakah yang perlu dilakukan?

Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

Rawatan segera:

* Duduk dan tunduk ke hadapan
* Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
* Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
* Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
* Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
* Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor


hmm...hidung aku semakin kerap berdarah... mungkin dah tiba masanya aku buat rawatan lanjut kat sepital kot... harap2 tak teruk..

Saturday, November 26, 2011

suram seperti cuaca di luar.....

hari ni aku menghadiri sebuah karnival di bandar tempat tinggal aku. bukan saja2 datang cuci mata, tapi kehadiran yang penuh dengan pengisian. 2 orang anak murid aku menyertai pertandingan pidato di karnival tersebut. cik hawa berpidato menggunakan bahasa Malaysia, manakala cik jannah pidato berbahasa Inggeris. hmmm...begitu semangat 2 orang anak muridku ini. kalau berjaya mendapat tempat pertama, mereka akan menjelajah negeri perak pula.

pertandingan bermula jam 2 petang. sempat la solat zohor dirumah terlebih dahulu. turun sahaja dari rumah, aku lihat awan mendung, gelap dan hitam pekat. hujan lebat bakal menyusul. aku cuma berharap, sepanjang pertandingan cuaca baik. hmmm...Alhamdulillah, perjalanan ke bandar tersebut hanya memakan masa 20 minit sahaja. hujan turun lebih kurang 10 minit. tak begitu lebat.

kami sampai ke karnival tersebut lebih kurang jam 1.45 minit petang. makanya...kami belum terlewat untuk mendaftar. aku serta sahabat aku berjalan dengan lenggang-lenggoknya ke tempat pertandingan bagi urusan pendaftaran. sampai je kat stage, KOSONG.... eh...tak ada sambutan ke???? hmmm....mungkin juga ramai orang tak mahu keluar musim2 tengkujuh ni... maklumlah...hujan tak dijangka.

sahabat aku dengan bangganya...menyuruh 2 orang anak murid kitaorang yang cun melecun tu mendaftar. namun, pendaftaran masih belum boleh dilakukan...KERANA, urusetia pendaftaran masih belum sampai... alahaiiii.... terkesima aku seketika... jam sudah menunjukkan tepat pukul 2. sepatutnya...pertandingan sudahpun berlangsung.. hmmm...janji melayu, kata aku di dalam hati sambil mulutku merungut2 kapada sahabat aku atas kelewatan itu. cik hawa dan cik jannah pulak merungut kerana nak cepat, tak nak terlewat mereka tak sempat bersolek cantik, sekadar touch-up ringkas hasil kreativiti aku. hmmmm....menantilah kami... tak sampai 5 minit menunggu...hujan lebat turun, tempias tak usah ceritalah ditambah pula dengan air yang mulai membanjiri bawah kerusi. sungguh tidak selesa. tapi kami masih setia di bawah khemah tu. alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kata orang... TUNGGU.... TUNGGU...... TUNGGU lagi...

cik hawa dan cik jannah yang ceria

akhirnya, hujan mulai renyai...datang la si pembantu pendaftaran ni... bagi2 kertas pastu duduk berborak2 dengan abg PA system. amboi seronoknya lah ek... kami ni dah berasap tunggu... walaupun hujan lebat, tapi masih rasa panas...HATI TERBAKAR tu.. tiba2 si pembantu pendaftaran tu cakap la yang pertandingan tu akan dimulakan dalam 5 minit lagi, memandangkan juri yang dilantik sudah sampai. hmmm....semakin tak senang duduk la 2 orang budak cun tu.. risik punya risik peserta pidato Bahasa Melayu cuma 2 orang sahaja yang mendaftar. manakala pidato Bahasa Inggeris pula 3 orang peserta yang telah mendaftar. so...kami dengan bangganya mula rasa yakin mampu mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

NAMUN....setelah 5 minit berlalu...pertandingan masih belum dijalankan... kenapa ye??? 10 minit berlalu..... 15 minit berlalu..... 20 minit berlalu... akhirnya...hujan pun dah berhenti tetapi pertandingan masih juga tidak dijalankan... aduh....inilah janji melayu...hmmmm... tepat jam 3 petang [hujan dah berhenti dah pun...] ada sekumpulan anak muda datang [dalam 5 orang la...] semuanya perempuan. bertanyakan kaunter pendaftaran... hallo...awak dah lewat sejam dah pun dik oiii.... kalau akak yang anjurkan pertandingan ni....awak dah tak boleh daftar dah pun.. [sila balik]

selepas sahaja perempuan2 tu mendaftar, pertandingan terus sahaja dijalankan. macam adik2 tadi je VIP untuk majlis ni. dia sampai...majlis terus berlangsung... pertandingan dimulakan dengan pidato Bahasa Melayu. 3 orang peserta sahaja. masa 10 minit seorang. melihatkan dari cara penyampaian, gaya serta bahasa...anak murid kami cik hawa mempunyai kelebihan. sangat yakin dan bersahaja penyampaiannya... aku serta rakan aku yakin cik hawa bakal meraih tempat pertama. sejurus tamat pidato Bahasa Melayu, majlis diteruskan pula dengan pidato Bahasa Inggeris. 5 orang peserta, masa 10 minit juga seorang. melihatkan cara penyampaian,gaya,serta keyakinan dipentas cik jannah kelihatan agak gugup, kerana inilah kali pertama cik jannah naik stage dan bercakap di hadapan orang ramai. kami jangkakan cik jannah bakal meraih tempat ke 3, berdasarkan isi pidato yang mantap, serta sebutan yang jelas.

pertandingan TAMAT. tiba masanya penyampaian hadiah. namun, 2 orang anak murid kami ni terikat dengan aktiviti lain. perlu meninggalkan majlis sejurus tamat pidato mereka. maka tak sempatlah mereka berdua tu melaram dengan hadiah masing2 di pentas. mungkin masuk surat khabar tu nanti. keputusan diumumkan....alangkah TERKEJUTNYA aku... cik hawa mendapat tempat ke 2. kecewanya kami. sungguh, prestasi yang ditunjukkan oleh cik hawa semasa di pentas sangat baik jika ingin dibandingkan dengan peserta yang mendapat tempat pertama tu. manakala cik jannah pula mendapat tempat ke 3, yang mana menepati ramalan kami. tapi kami cukup tidak puas hati dengan keputusan pidato Bahasa Melayu tu. PENING.... [tapi kami tak pegi pulak kat meja juri untuk menyatakan rasa ketidakpuasan hati kami] bak kata pepatah....rumah dah siap, tetapi pahat masih jugak nak berbunyi... hmmm...biarlah.

mujur pertemuan kami dengan cikgu Lin, yang merupakan cikgu disekolah kami...menjawab rasa tidak puas hati tu. menurut kak lin... juri2 tersebut sangat dikenalinya. katanya orang sekampung beliau.. manakala, kanak2 yang datang lewat yang juga menjadi juara pidato Bahasa Melayu tu adalah anak murid juri terbabit. ohhhh...kuasa VETO telah digunakan disini. menang pertandinggan menggunakan kabel... hmmmm...adat dunia akhir zaman... maknanya...penantian selama lebih kurang 1 jam tersebut, hanyalah untuk menunggu juara yang datang untuk diumumkan. inilah satu pertandingan yang pernah aku hadiri...mempunyai juara sebelum pertandingan dimulakan... HEBAT.....HEBAT.....dan SANGAT HEBAT....

tahniah kepada pemenang....
cik Hawa...andalah JUARA sebenar di hati kami...
cik Jannah...anda adalah seorang yang berani..

[cik Hawa tak kisah pun sebenarnya...lepas kami serahkan hadiah senaskah Al-Quran, sijil serta wang tunai bernilai RM150, cik Hawa dan cik Jannah melonjak kegembiraan...]

Monday, November 14, 2011

saya jatuh cintan la.... hmmm..^^

jatuh cinta berjuta rasanya
biar siang biar malam terbayang wajahnya
jatuh cinta berjuta indahnya
biar putih biar hitam manislah nampak

dia jauh aku cemas tapi hati rindu
dia dekat aku senang tapi salah tingkah
dia aktif aku pura-pura jual mahal
dia diam aku cari perhatian

^_^

alahaiiiii.....
manis...
masam...
pahit...
hmmm...semua rasa ada..
tak tergambar ^^

aku sebenarnya jatuh cinta dengan lakonan hebat seorang pelakon di malaysia ni. sangat bersahaja lakonannya. sebenarnya dah lama dia berkecimpung dalam dunia lakonan. cuma aku baru terperasan kehadiran dia tahun ni. teruk juga pengetahuan am dunia hiburan aku kan.. hmmm...tak kisah la... janji aku sangat sukakan lakonan dia. mungkin juga ramai yang perasan...lakonan dia sangat mantap. sehinggakan jantung aku berdegup laju jek bila tengok drama2 yang di terajui olehnya. pendek kata aku dah JATUH CINTAN pada lakonan beto Kusyairi nih...


aku sangat suka lakonan dia dalam drama sesungguhnya. astro, selalu buat ulang tayang. aku akan menonton jugak drama tu. walaupun aku da boleh hafal setiap dialog dalam cerita tu. hmmm...hebat penangan beto kusyairy nih. dia memang benar2 seorang pelakon yang berbakat. sangat boleh berlakon. cuma masih belum menang anugerah. kalau dia tercalon sebagai pelakon lelaki terbaik, aku akan undi banyak2. bagi dia menang. dia sangat layak.... tak banyak pelakon yang mampu berlakon dengan baik. tetapi beto kusyairi mampu melakonkan watak yang diberi dengan baik. aku nampak dia berlakon dengan ikhlas.

banyak pelakon kat malaysia ni. ada jugak diantaranya aku tak kenal pun. baru2 ni anugerah skrin...tayang muka2 pelakon cantik. tapi aku tak tau pun pelakon tu belakon dalam cerita apa. kalau dulu orang cari pelakon yang boleh berlakon, sekarang orang cari pelakon yang 'ada rupa'. bakat kemudian. boleh diasah. tu yang kebanyakan cerita yang dihasilkan jarang melekat di hati penonton.


inilah salah satu pelakon yang mampu berlakon dengan baik. semoga beliau akan terus berjaya di masa2 akan datang.

Tuesday, October 18, 2011

HEPATETIS B




gerun kan. ramai yang menulis tentang kegerunan mereka berkenaan penyakit yang lebih cepat berjangkit ini berbanding AIDS atau HIV. buat pengetahuan pembaca sekalian, aku atau saya merupakan pengidap penyakit hepatetis B carrier. setiap 6 bulan aku perlu menjalani ujian darah, untuk memastikan hati aku dalam keadaan baik. Alhamdulillah aku masih lagi sihat. sebagaimana yang orang ramai tahu penyakit ni boleh menyebabkan kanser hati sekiranya ia tidak dirawat dengan baik. so....pesakit hepatetis B perlulah mengadap doktor 6 bulan sekali untuk mengetahui sejauh mana keadaan kesihatan hati mereka.

ramai yang bercakap tentang bahayanya penyakit hepatetis B ni. tapi ada diantaranya salah maklumat. kelakar...sampai boleh putus tunang bila tau bakal suami tu ada hepatetis B. pastu beria-iya pulak nak balik pada bekas tunang lepas dapat penjelasan lanjut berkenaan hepatetis B. hello....lain kali kalau tak tau tanya dulu. barulah buat keputusan. nasi da jadi bubur dear.... ada lagi cerita yang lebih tragis, turut berkaitan dengan si pengidap hepatetis B. seorang isteri yang mencurigai suaminya 'makan luar' disebabkan suaminya ada hepatetis B. dia serta anaknya tidak mengidap penyakit tersebut. malah ibu, bapa serta seluruh ahli keluarga si suami juga tidak di diagnosis sebagai pengidap hepatetis B. suaminya juga bukan penagih dadah sure la tak berkongsi jarum suntikan yang membolehkan si suami dapat penyakit berjangkit akibat berkongsi jarum suntikan. si isteri juga begitu yakin si suami juga tidak pernah menjalani pemindahan darah. makanya si isteri cuma nampak satu cara je yang mampu membolehkan si suami itu dijangkiti penyakit hepatetis B...iaitu akibat daripada hubungan seks dengan pengidap penyakit hepatetis B. hmmm...kesian kan. sebab penyakit ni rumahtangga yang dibina atas dasar cinta tu bergolak.

bukan hubungan seks je yang boleh menyebabkan penyakit hepatetis B tu tersebar. tuala yang lembut tu pun boleh menyebarkan virus hepatetis B. mana la tau masa tengah2 lap muka, sebijik jerawat tu pecah, darah pun mengalir...lekat kat tuala. bila orang lain guna mungkin jugak virus tu tersebar. kalau pesakit hepatetis tu tak sedar yang dia tu pembawa kuman hepatetis, dia dapatkan rawatan pergigian...segala alat tu pulak tak di sterilizer'kan [basmi kuman] maka virus tu boleh menjangkiti orang lain. so, setiap pesakit yang mengidap hepatetis B ni akan dapat khidmat nasihat setiap 6 bulan. jika mahu mendapatkan rawatan pergigian, kita kena maklumkan pada doktor serta jururawat, yang bahawasanya kita mengidap hepatetis B. so...segala alatan yang akan digunakan untuk pesakit hepatetis B special sikit, kerana ia akan dinyah kuman setelah digunakan. tapi mungkin akan jadi customer yang last sekali la.. segala jenis barangan peribadi milik pengidap hepatetis B ni tak boleh dikongsi. sikat, berus gigi, pisau cukur, penyepit kuku, kerongsang, atau apa sahaja yang boleh menyebabkan si pesakit tu terluka. secara sedar ataupun tidak. sebab bila seseorang pesakit hepatetis B tu luka, darah si pesakit tu telahpun mencemari alatan tersebut. so bila kamu yang bukan mengidap penyakit ni gunakan alatan yang sama, justeru turut sama luka...kuman tu akan cepat memasuki badan kamu. TETAPI....terdapat juga sebilangan manusia yang mana sistem imun tubuhnya kuat. virus yang memasuki sistem badan manusia terbabit akan segera dimatikan. maka, dia tak akan ada penyakit ni walau sering terdedah dengan pesakit hepatetis B.

penyakit ni sukar untuk disedari kehadirannya bila ia mula menjangkiti kita. kebanyakan pengidap penyakit ni akan kelihatan normal. ramai orang sedar apabila kulit mereka kelihatan kuning, serta mata pun turut sama kuning. [ala...ala...sakit kuning yang dihidapi bayi baru lahir] masa tu la pesakit sedar, apabila mereka mendapatkan rawatan di hospital. virus ini secara senyap merosakkan organ badan, terutamanya hati. oleh yang demikianlah, ramai yang tidak sedar mereka telah dijangkiti. aku pun baru sedar setelah menyertai kempen derma darah 3 tahun lepas. aku tak ada rasa sakit pun pada mana2 bahagian badan. rasa macam biasa, sihat. setelah aku tau aku mengidap penyakit hepatetis B, setiap 6 bulan aku perlu menjalani pemeriksaan darah di klinik pakar Hospital Temerloh. malah, unit tabung darah Hospital Temerloh juga turut mengadakan sesi kaunseling. yang mana seluruh ahli keluarga aku diminta datang menjalani ujian darah kerana aku sendiri tak tahu dari mana aku dapat penyakit ni. tetapi bila ujian darah tersebut dilakukan, ternyata aku, abang aku dan juga 2 orang adik aku mengidap penyakit ni. kami dapat dari ibu kami yang juga positif mengidap hepatetis B. so, keturunan la... ahli keluarga aku yang lain yang tak mengidap penyakit ni dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin pelalian HBV ni. kita tak akan tahu kita mengidap penyakit ni, pergilah menjalani ujian darah. lagipun sekarang ni sistem perubatan kita sudah maju.

siapa kata pesakit hepatetis B ni tak boleh dapatkan zuriat... sekiranya bakal suami atau bakal isteri yang kamu bakal kahwini tu mempunyai penyakit hepatetis B ni. segeralah kamu mengambil vaksin pelalian HBV. selalunya hospital kerajaan hanya berikan suntikan ini untuk bayi, serta kakitangan hospital sahaja. so, dapatkan suntikan pelalian HBV ini di klinik2 swasta. pergi dan tanya setiap klinik swasta sekiranya mereka ada perkhidmatan menyuntik vaksin HBV ini di klinik mereka. jangan pulak bila tau je bakal suami atau bakal isteri ada penyakit hepatetis B, terus batalkan perkahwinan. setiap penyakit ada ubatnya. kecuali dua TUA dan MATI. seeloknya, pasangan ni perlulah berjumpa dengan doktor, dapatkan khidmat nasihat, dengar penjelasan doktor berkenaan penyakit ni. jangan terus menghukum, tanpa kamu ketahui cara untuk mengatasi permasalahan kamu.

nah baca kat link ni... mungkin sedikit sebanyak mampu menjawab persoalan kamu tentang apa itu penyakit hepatetis B , bagaimana cara untuk mengelak penyakit ini dari menjangkiti orang lain, dan apakah rawatan yang kamu perlukan sepanjang kamu mengandung bagi mengelakkan bayi kamu dijangkiti.

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/HepatitisB.pdf

tapi apa yang penting, dapatkan khidmat nasihat doktor yang pakar dalam bidang ni. jangan cepat sangat membuat keputusan tanpa penilaian yang tepat. fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.

Saturday, October 15, 2011

M.A.A.F [hanya itu yang aku mampu lakukan]


serba salah...
berat...
sangat berat....

tak tau punca...
kusut...
serabut...


diam...
tak ada sebutir bicara...
aku...
serba salah...

hmmm....
apa yg sepatutnya aku lakukan?
masih tak tau...
bingung...


rajuknya mungkin panjang...
merentap tangkai hati aku..
sesak...
tak mampu bernafas...
lemas...

apa yg patut aku lakukan....

maaf...itu yang mampu aku katakan...
mungkin maaf itu tak mampu memperbaiki segalanya..
luka dihati kamu tak mampu aku hilangkan parutnya..
akan aku jaga hatimu itu...
akan aku ubati ia...
semoga kamu kembali ceria...

maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...

Tuesday, October 11, 2011

M.A.S.I.H


masih banyak lagi yang kamu ingin cari...
masih bergunung soalan yang aku perlukan jawapan.
masih banyak lagi yang kamu ingin perbaiki...
masih aku setia disini...
masih banyak yang kamu ingin rasai
masih aku perlu banyak menahan sabar...
masih banyak yang kamu hajati...
masih aku setia dengan hajat nan SATU...
masih banyak yang kamu ingin kecapi
masih belum aku ingin berganjak...
masih banyak yang harus kamu jaga..
masih setia aku dengan rasa yang sama...
masih banyak yang harus kamu semai...
masih mekar perasaan yang pernah kita rasai bersama...

masih.....
aku masih lagi berdiri disini....
tak ingin aku berganjak.
walau tembok itu menghalang pandangan aku.
walau jemari aku masih belum bisa menyentuh kamu..

masih...
masih ku nantikan kamu...
masih...
masih aku perlukan kamu...

Thursday, October 6, 2011

keluhan....


aku...
dia...
entah...
haishhhh....keluhan yang tak bererti...
panjang dan berat...
masih tak mampu menenangkan hati aku.

aku yang tidak pasti...
masih menyimpan harap...
namun, harapku itu berbalam-balam.
tidak pasti...

hmmmm...
mengeluh lagi...
buat kesekian kalinya...
berat...
masih tak bisa merobohkan tembok penghadang antara aku dan dia.

Saturday, September 3, 2011

itulah yang dikatakan jodoh...


alahai....sungguh aku tak sangka. memang tak aku jangka. serta tak aku duga. hebat betul penangan jodoh ni. hari raya ke 5 menjadi saksi. tak aku duga panggilan telefon yang mak aku terima pada petang hari raya kelima tu membawa sebuah rombongan merisik kerumah aku. alahaiii....

meleret panjang senyuman mak aku time tu. aku masih terpinga2. tak tau ape2. mak aku terus jek tarik abah masuk bilik. aku dengar diaorang ketawa2. happy betul diaorang. pasal ape ni??? aku pun nak tau. jangan la rahsia2 ngan aku. tak baik tau. mak aku kuar dari bilik tak lama lepas ketawa2 ngan abah. abah terus jumpa aku. dia hulur duit RM100 kat aku. aku happy la...aku cakap la 'ni duit raya ke bah...hahahah TQ....TQ....TQ....'. tak sangka da besor pun aku dapat duit raya. tapi abah cakap tu bukan duit raya kamu...dah, pegi Bandar Pusat [bandar jengka la...] beli barang2 nak buat mee. perghhh....siap bagi list lagi tu. 3 kampit mee kuning, sawi, bla...bla...bla...

aku ajak adik bongsu aku ngan satu2nya adik lelaki aku. kitaorang siap ala kadar jek...ala bukan nak jenjalan kat shopping kompleks pun. nak pegi pasar jek. adik lelaki aku yang drive...aku tak cekap sangat. selalunya kalau aku nak parking akan ambik masa 15 minit, tu yang adik aku selalu hangin satu badan tu. hehehe... sampai jek kat bandar pusat, ada pasar malam. so...aku terus jek beli barang2 kat pasar malam tu. siap beli barangan mengikut list yang abah aku bagi tu....kitaorang gatal nak gi KFC. hahaha... fuiiiiyOOOO....punya la ramai orang nak makan KFC. 3 barisan panjang...hampir2 nak keluar pintu. tapi disebabkan kemengidaman kitaorang ni...kitaorang tetap setia berbaris. petang da nak hampir maghrib. abah da call..tanya bila nak balik. bungkus je la...KFC tu.

sampai rumah azan maghrib belum lagi berkumandang. sempat la kitaorang ni melantak KFC barang 2,3 ketul. lepas solat maghrib....mak paksa kitaorang masak mee goreng. disebabkan adik lelaki aku tu memasak best...ala2 chef. aku bagi dia yang masak. aku ngan adik kembar [adik bongsu aku kembar, masa gi bandar pusat tu kakak kembar adik aku tu keluar,aku tak tau gi mana,balik pun maghrib] aku tu cuma tolong potong2 barang2 nak masak jek. disebabkan kepakaran memasak yang adik lelaki aku tu miliki, tak sampai stengah jam jek dia da siap masak mee goreng. sebagai tukang rasa yang tak bertauliah, aku pun rasa la mee tu. sedap...bleh bukak kedai makan. ^^

azan isyak baru jek lepas. tak lama lagi balik la abah dari masjid. aku tengok jiran sebelah rumah aku datang nak beraya. biasa la raya kan... penuh ruang tamu rumah aku...jiran aku ni anak dia ramai, cucu pun lebih kurang 18 orang. abah pun balik dari masjid. kitaorang ni hidang je la mee yang da kitaorang masak tu. tak kan tetamu datang kita tak bagi makan pulak... lepas siap2 makan....mak aku suruh kitaorang adik beradik duduk sekali kat ruang tamu tu.

haikkk...pelik ni. rupanya...datangnya jiran aku tu bawak rombongan merisik. cess...dekatnya. aku pandang adik bongsu aku... kakak kembar tu tersenyum cam kerang. heh....ko rupanya. yang aku pelik tu bila diaorang ni bercinta cintun... lepas habis acara sarung cincin merisik, seluruh keluarga jiran aku ni pun mintak diri la nak balik umah... aku yang masa tu da duk kat dapur ngan si adik kepada kembar tu mula la sesi menyoal adik aku tu.

rupanya...mak aku ngan mak long jiran aku tu yang rancang jodoh anak2 diaorang ni. owwhhhh....panjang jek owhhhh aku time tu. start la aku menginform kat semua adik beradik aku. diaorang pun semuanya terkejut. pastu mula la mengusik nakal si bakal tunangan orang tu... tersipu2 malu dia... huh...jodoh ko da sampai dik oiii...

tak sangka kan.... jodoh tu sampai tanpa kita duga. adik aku tu pernah bercinta, tapi sudah tertulis bukan jodohnya dia dengan lelaki tu. lelaki tu pergi selama-lamanya meninggalkan dunia yang fana ni. so...adik aku ni pasrah jek dengan jodoh yang ditentukan oleh ibu bapa ni. bila aku risik2 rupanya da lebih sebulan diaorang bermesej2. cesss....hampeh ek...kuat betul korang berahsia kan. aku sebagai kakak gembira dengan ikatan tu. budak sebelah rumah aku tu baik orangnya. biasa la...kenal dia dari dia kecik lagi.

itulah yang dikatakan jodoh. jodoh tu datang tanpa kita duga. tertarik dengan kata2 ni...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

[http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1683-bercerita-tentang-jodoh.html]

Friday, July 22, 2011

♥♥ ◕‿◕T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H ♥♥ ◕‿◕


kenapa bukan mudah untuk melupakan bekas kekasih???
menurut apa yang dah banyak saya baca, cara yang banyak disarankan adalah dengan mencari teman baru. iaitu pengganti kepada yang lama. luangkan banyak masa bersama kekasih baru. hmmm...nampaknya itu semua tak cukup berkesan untuk aku. hehehe...penchenta tegar. menurut sahabat baik aku yang juga merupakan bayang2 aku... jangan ingat dah kekasih lama kalau dia curang pada kamu. tapi, semanjak akhir2 ini dia dah ubah statement dia dah. sebab tengok aku makin teruk. dia cakap luahkanlah perasaan aku pada si dia. katanya mana tahu si dia tu masih menchentai aku lagi. chenta antara aku dan dia makan masa bertahun. bukan sebulan atau sehari. kami banyak berkongsi rahsia peribadi, malahan tahu kelemahan masing2... namun jodoh bukan berpihak pada aku dan dia...

kekuatan aku adalah kawan2 aku juga keluarga aku. Alhamdulillah, aku bangkit dari kelukaan itu. namun aku masih tak bisa berlari... masih lagi merangkak2 untuk bangun. kerana chenta aku kepada dia cukup dalam. lukanya aku akibat chenta itu, masih berdarah. tidak mahu ia sembuh dengan segera. ini semua akibat aku...aku yang masih tak bisa melupakan dia.

setiap hari, apabila terpandang pasangan berchenta, aku sedih. ku tahan air mata ini dari terus menerus mengalir. aku cuba tabah. cuba bersabar. namun, aku tak mampu terus diam. aku perlukan berita dari dia. aku ingin tahu bagaimana keadaan dia. setiap kali aku ketahui bagaimanakah keadaan dia, aku menjadi sedih kembali. kerana dia mampu menjalani hari2 yang bahagia bersama kekasih hatinya yang baru. cuma aku sahaja yang masih memenjarakan diri dalam ruang rindu yang tak pernah mempunyai sinar ini. gelap...

aku tak pernah berhenti mencari tahu tentang dia. gambar2nya yang sedang melalui saat2 bahagia meruntun tangkai hati aku. 'cukuplah mendera hatimu wahai sahabat' itulah kata sahabatku. dia terus menerus membimbing aku ke dunia realiti. katanya aku tidak bisa dibiarkan keseorangan. kemana sahaja dia pergi, aku turut diheret bersama... katanya lagi...dekatkan diri dengan penciptamu itu. adukanlah segala kegusaran hatimu itu kepadaNya. DIA sesungguhnya cukup mengerti. CINTAILAH DIA, lebih dari cinta kamu kepada bekas kekasihmu itu. terima kasih cik WAN ZILIATI WAN ZAKARIA @ ISMAIL, kerana sentiasa ada sewaktu aku memerlukan bahu untuk bersandar, menghulurkan tisu tatkala airmata aku mengalir membasahi pipi, menggoncang bahu aku untuk menyedarkan aku tentang dunia realiti. terima kasih sahabat.

Wednesday, July 20, 2011

apabila saya jumpa dia...


setelah setahun berlalu, saya jumpa dia balik. janggal jugak la masa mula2 bertentang mata. hmmm...tah, aku je kot yang rasa macam tu. bagi dia mungkin biasa2 je kot. alahai...

aku tak tau nak cakap ape. tak selesa... lidah kelu seribu bahasa. pelik...aku yang peramah orangnya dan mudah mesra jadi macam ni. nak cakap ape pun aku tak tau... dia aku tgk cool jek. ye la...antara kami dah tak ada apa2. tapi ape kena dengan aku?

dia...masih macam dulu tak berubah. tapi mungkin sedikit berisi. ye la kerja senang kan, lagi pulak dah berpangkat. bukan calang2 orang dah dia tu. aku je...masih belum menjadi sesiapa. pangkat tak ada...harta apatah lagi...ape pun tak ada. kenapa la aku masih ingin memenjarakan diri aku dengan kenangan2 lalu.

dia nampak cukup bahagia. pandai kekasih barunya itu menjaga si dia. terurus segalanya. aku..mungkin masa aku bercinta dulu, sikap kebudak2an aku masih tebal. belum matang, cinta di usia muda. hmmm...banyak cabaran dan halangan. ya...mungkin akibat kesilapan aku, dia pergi kepada yang lain. dulu...aku cukup marah. tak redha dengan ketentuan Allah. sekarang aku faham, aku sendiri tak mampu untuk membahagiakan si dia, sebagaimana kekasih barunya itu. aku juga tak cukup kuat untuk menyokong cita-citanya. sekarang aku redha... semoga dia bahagia selalu.

kepada si dia...

saya harap awak bahagia...
saya akan cuba lupakan awak...
saya mintak maaf, saya tak boleh jadi kawan awak..
sebab saya akan sedih bila tengok muka awak..
saya tak sanggup tengok mata awak..
saya tak sanggup tengok awak dengan kekasih awak tu...
saya tak nak nagis dah...
saya penat dengan perasaan tu...
saya tak mampu jaga awak sebaik kekasih awak jaga awak..
awak akan kurus bila bersama saya...
tapi awak akan gemuk dan berisi bila bersama dengan kekasih awak..
saya tak serasi dengan awak...
kita tak padan...
awak tinggi..
saya pendek...
dia cantik...
saya buruk...
kita ni ibarat langit dan bumi...
jauh terpisah...
banyak perbezaan...
macam minyak dan air...
tak mungkin bersatu...
saya doakan awak bahagia...
saya akan bahagia bila awak bahagia...
saya akan sentiasa doakan awak bahagia dengan kekasih awak tu...

Tuesday, July 5, 2011

✿^^✿ [R].[I].[N].[D].[U]. ✿^^✿


bila duduk-duduk saja macam ni...perasaan rindu tu datang. banyak benda yang aku rindukan. sangat-sangat aku rindukan. kalau la aku boleh putarkan kembali masa, akan aku lalui semula segala memori yang menggamit kerinduan aku ni. alahai.....


aku rindu zaman kanak-kanak aku...
beli gula2 seposen 4 [sekarang jangan harap dapat]
rindu kutip duit raya [sekarang aku yang pokai...huhuhu]
rindu kat geng aku masa kanak-kanak...
masa tu kami tak kenal ape itu play station...
permainan yang ada cukup tradisional dan bermusim..
musim main layang-layang... semua nak beli layang-layang... yang kreatif tu akan buat sendiri... ada yang buat besar, ada jugak yang kecik... masa tu pokok buluh pak cik sulong akan jadi sasaran kami...kadang-kadang pokok buluh hiasan mak aku pun, aku rembat jugak. hmmm....
tiba musim main getah gelang, semua orang ada getah gelang.... pakai getah gelang sampai ke siku. sepak getah gelang tu sampai putus selipar.... pastu dah tak ada selipar, balik rumah, selipar abah pulak jadi sasaran....besar??? ape aku peduli... janji menang main sepak getah. hahaha
musim main guli...semua orang sibuk beli guli. merengek2 aku kat abah nak beli guli.
seronoknya zaman kanak-kanak...
tak perlu fikir masaalah...
tak ada masaalah pun...
makan pakai semua mak ayah yang sediakan...
hmmm...bezanya la ngan masa besar ni...
nak balik zaman kanak-kanak...

aku rindu zaman sekolah aku...
rasanya nak sekolah balik...
nak belajar..
nak exam...
nak rehat kat kantin sekolah...
buat bising dalam kelas... [ ciss...hampeh ]
aku nak study rajin-rajin...
kot-kot la boleh jadi doktor haiwan... [kakaka...berangan!!!!]

aku rindu zaman universiti aku...
rindu untuk aktif berteater
aku rindu aktiviti berteater...
aku rindu nak hafal skrip teater...
aku rindu kena dera ngan abg idham masa hafal skrip...
aku rindu nak jalan kaki dari kolej kediaman ke pusat kebudayaan..
aku rindu nak makan tom yam kat sixth kolej...
aku rindu tuk pusing-pusing KL ngan ABQ...
rindu kat first kolej...
rindu kat mid valley megamall...
rindu nak tengok festival seni universiti malaya...
alahai...banyak yang aku rindu...
rindu kat pasar malam Kerinchi
rindu nak makan-makan kat kolej 12 [sebab murah dan sedap heheh ^^]
rindu kat van pusat kebudayaan...
rindu kat pn.rose...kak nani...en.ramzi..kak dot..n sume2 la...yang ada kat pusat kebudayaan tu...
rindu kat cikgu Taklempong yg ensome tu....hehehe [gatai!!!!]
rindu kat rumah depan hospital UM...
rindu kat sume2 tu.... hmmmm....

[a][k][u] [r][i][n][d][u] ~ ♥♥ ◕‿◕

Sunday, June 26, 2011

alahai 26 JUN =(


bosan betul hari ni... ape la yang boleh aku buat ek?? tengok TV layan K-POP. adoi...da leh hafal step ngan lagu da pun. boleh isytihar aku ni rakyat korea pun. [keh..keh..keh..perasan]

hadoiiii....mak ngan abah sibuk ngan agenda hari minggu. aku ni terkontang-kanting kat umah. nak kua, kaki sakit. memember sume ada hal lak. hmmm...makanya orang yang sakit ni perlu la duk rumah walaupun kebosanan tahap cipan melanda. sunyi betul rumah...kalau la kerusi meja ni sume leh cakap ngan nyanyi...alahaiii.... [karut tol aku ni...dush..dush..] mak aku tinggaalkan ponyo je buat peneman aku dikala sunyi. yang ponyo tau cakap ialah mengiau... mintak ikan...mintak nasi. hadooiii....

alahai 26 JUN. kenapa la pagimu ini suram dan muram??

Monday, June 20, 2011

pagi isnin yang tragik


hari isnin 20 jun 2011. entah kenapa aku senang jek aku bangun. siap mandi aku pun bersiap nak ke sekolah. entah kenapa pagi ni mood aku lain macam. aku buat tak tau jek. sebab aku perlu sampai ke sekolah sebelum 7.30 pagi. mak aku keluarkan motor [cik CCT dari dalam garaj]. aku capai helmet n sweeter dan terus siap2 nak ke sekolah. aku keluar jek, kucing kesayangan ada atas seat motor. eh..ponyo ni nak ikut aku gi sekolah ke??? [jangan harap aku cakap dalam hati] aku ambik ponyo, aku letak kat beranda rumah. aku tengok ponyo punya muka [dia buat muka poyo] aku pun tak paham kenapa. marah kat aku kot, sebab aku tak bg dia ikut. selalunya dia tak macam tu. sebab selalunya bila aku nak pegi sekolah dia mesti baring2 kat depan pintu rumah. aktiviti setiap pagi sebelum mak bagi dia makan. aku tak ambik port langsung pasal ponyo yang pelik tu. aku terus start motor VrOOOoomm....terus jek gi sekolah.

sepanjang perjalanan, aku asyik terbayang2 benda tak elok jek. risau aku. jadi aku kurangkan kelajuan cik CCT. biasanya aku bawak 70 km/j ari ni aku bawak 60 km/j jek. entah...hati aku pun tak berapa nak tenteram. hmm...seperti biasa jalan kampung kat Chenor akan sibuk setiap pagi. makcik, pakcik, budak2 org yg tak berapa tua akan bawak kereta dan motor mereka masuk atau keluar simpang tak bagi signal. jadi aku hadkan kelajuan cik CCT 40km/j jek. senang nak membrek bila ada kecemasan. tapi mungkin pagi ni merupakan pagi yang tragik dan malang bagi aku. lebih kurang 50 meter aku nampak sebuah kereta proton saga lama dan sebuah masuk ke jalan utama. cik CCt masih steady lagi. biasa la kereta baru masuk sure perlahan, tiba2 dia brek, aku pun brek la kecemasan jugak. takut terlanggar belakang kereta dia. oleh kerana cik CCT masih baru, dan dari jenis EGO yg mempunyai tayar yg kecil. brek kecemasan aku tu membuatkan cik CCT hilang kawalan. streeeeeettt......GEDEGUUUMMM....

aku dan cik CCT eksiden. kepala aku tersembam kat jalan. aku terus bangun. tengok keadaan cik CCT. kesian dia, telinga dia patah. [aka side mirror sebelah kanan] muka dia calar balar. aku????? lepas aku bangun dari jatuh, aku terus bangun dan duk kat tepi jalan. keluarkan handset dan tepon rumah, mak yg jawab. terkejut mak. abah tak ada kat rumah, da gi pejabat projek tanam semula sawit dia. jadi aku tepon handset abah. reaksi yang sama bila aku maklumkan kat abah yang aku eksiden. so bergegas la kedua ibu bapa aku ke tempat kejadian. aku baru perasan aku luka2. sakit baru nak terasa. hadoiii....idung berdarah pun aku tak perasan. sekelip mata sungguh.

orang2 kat tempat kejadian cepat jek penuh. ape ingat ni sale hari raya ke??? Cik CCT yg terbaring kat tengah jalan dah pun parking kat bahu jalan. sape yang angkat pun aku tak tau. polis pun ada duk kawal lalu lintas. baru aku perasan aku eksiden depan balai polis Chenor. kakak yg bawak proton saga tu offer bawak aku gi klinik kesihatan Chenor. orang2 kat situ pun cakap benda yang sama. aku pun dalam keadaan sakit memang memerlukan rawatan. naik jek kereta, aku pun belek2 luka kat badan. kaki kiri gesel jalan agak teruk keadaannye. putih nampak isi. kaki kanan lutut luka sikit. tangan kiri luka kat jari kelingking ngan siku, tangan kanan pulak terseliuh dan luka kat tapak tangan. hudung mmg berdarah dari tadi, aku guna sweeter jek lap darah tu. sampai klinik, belum buka pun lagi. aku duk kat luar 5 minit. pastu nurse datang bawak aku masuk dalam, dia suruh aku baring sementara Madical Assistant datang. masa tu la sakit berdenyut2 kat luka. hadoiii...tahan je la.. lebih kurang 20 minit aku tunggu baru la MA tu datang. cuci luka n sapu iodin.

kejap jek rawatan tu, pastu MA tu cakap aku kena pi balai bwat report. abah sampai aku pun pegi je balai. so nak buat report la ni, polis tu cadangkan kitaorang tak buat report. sebab cik CCT tak la parah sangat keadaannya. kalau wat report pun aku kena cas RM300 sebab cuai. lagi pulak lesen aku P. modal baiki cik CCT pun tak sampai RM300 abah cakap. so cancel wat report. gi balik klinik, amik MC dan ubat baru balik rumah.

sakitnya eksiden.... seluruh badan sakit. otak pun sakit bila mengenangkan cik CCT yang dah cacat. muka pulak tu da tak cun. aku nasib baik helmet tu ada cermin. kalau tak mau calar balar muka. alahai..... +_+

Friday, June 10, 2011

alamak cuti dah habis la.... +_+

adoiiii....ni yg lemah satu badan ni. rasa macam sekejap sangat cuti. tak puas bersenang lenang. dah nak start sekolah balik. hmmm...macam ni la kebanyakan cikgu sekolah rasa bila cuti sekolah hampir2 tamat. hadoiii...mengeluh panjang pun tak guna, dah namanya 'makan gaji' jadi jangan la buat2 tanya. isnin nanti bangun awal pagi...siap2 pi la sekolah. ajaq budak2 ngaji. bagi depa pandai. tugas mulia lagi diberkati. jangan nak mengeluh panjang nanti rezeki lari.

hmmm....setelah berehat panjang, kerja perlu diteruskan. mana semangat aku??? apehal la pulak aku rasa macam malas jek ni... ni la penyakit kronik yg aku ada. dah berzaman menghantui jasad aku ni. hadoiii.... sakit betoi la ko ni cik fluffyteddy oiii... bila la ko ni nak berubah. rasanya aku perlu bukak perniagaan sendiri kot. jadi bos dan jadi kuli. tapi...org macam aku ni boleh ke berjaya??? ngeh...ngeh..ngeh... berangan lebih dari mat jenin la.. huh...

bebanan kerja time cuti sekolah da settle semuanya. bukak sekolah jek aku kena masukkan markah dalam komputer. kutip markah setiap mata pelajaran dari guru yg mengajar tingkatan 2 bestari. hadoiii...ni la cikgu. mengajar dalam kelas dia buat, marking paper dia buat, masukkan markah dalam komputer dia buat, dan macam2 lagi la kerja yg cikgu ni perlu buat. bak kata ADIBAH NOR, kalau la dia yg jadi menteri pelajaran, dia akan bg 1 cikgu, 1 kerani. aku cukup sokong cadangan beliau tu. cukup murni dan sangat memahami bebanan yg guru alami sebab dulu pun dia cikgu. kesian cikgu2 aku, kesian kawan2 aku yg jadi cikgu..dan kesian jugak aku... huhuhu

tak apa la...walau menteri sekali pun tak nampak bebanan yg guru ni tanggung, Tuhan sentiasa celik, sentiasa melihat. guru ni jasanya besar...mendidik anak2 bangsa. setiap langkahnya pahala. maka, para guru sekalian teruskanlah berjasa.

sebab adanya guru la aku hari ini menjadi orang yg berguna [ceh..perasan ke aku??] cikgu juga la yg mengajar aku tulis baca. walau ada beberapa perkataan bahasa inggeris aku salah. dah besar baru perasan. keh..keh..keh.. sadis sungguh. malah dengan bantuan guru2 juga lah aku mampu melangkahkan kaki ke universiti. [aku ingat aku ni tahap minah kilang jek hahah] malah, peranan pensyarah aka cikgu juga lah yg melayakkan aku menggeggam segulung ijazah. terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat semua guru2 aku. ramai yg dah pencen, malah turut ada diantaranya menjadi rakan sekerja aku sekarang. tanpa mereka siapa la aku...

harapnya aku boleh bangun awal hari isnin nanti... ahakss....

Tuesday, May 31, 2011

cuti...dan kertas periksa [ +_+ ]


yahooo...cuti sekolah. budak sekolah bukan main gembira lagi bila start cuti sekolah. KECUALI budak sekolah yg bakal menduduki exam tahun ni. tak kira la UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM. semua calon exam tu sah2 ada kelas time2 cuti cam ni. huhuhu... tak merasa la korang enjoy. hahahaha [ketawa jahat]

satu golongan lagi yang akan menjerit HOREYYYY bila cuti sekolah ialah cikgu sekolah. hahaha... time macam ni la cikgu2 yang duk kat perantauan ni akan balik kampung. jumpa keluarga... ye la hari2 biasa duk ngajo anak bangsa bg pandai. tanpa manusia yg bergelar guru atau pun cikgu ni...tak akan ada doktor yg hebat, tak akan ada peguam yg mantap. seperti puisi ini:


Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


aku cukup suka puisi ni. puisi ni buatkan aku sentiasa ingat akan asal usul diri aku. malah puisi ni jugak yg membakar semangat aku untuk mendidik anak bangsa. huh...aku bukan nak cerita pasal semangat aku yg berkobar2 mendidik sekarang ni, tapi aku nak cerita pasal semangat aku yang berkobar2 untuk CUTI. hahaha....

2 minggu cuti. cukup untuk buat aku enjoy. tapi ke'enjoy'an aku tu terbang. sebab cuti ni aku di bekalkan kerja yg best. terpaksa berkabung kat umah 2, atau 3 hari. MENANDA KERTAS PERIKSA. huh...sampai juling bijik mata aku ni menanda karangan anak2 murid yg sedang membesar ni.

tingkatan 1 inovasi [ kelas ke-2 last]. umur 13 tahun, tapi karangan tahap budak darjah 3. kesalahan tatabahasa ketara sangat. so banyak la kerja aku memperbaiki kesalahan struktur ayat diaorang tu. so berganda la kerja aku. suruh cerita tentang jasa ibu bapa, dia cerita pasal ambik anak kucing, pastu bela. aduh.... +_+ kesian aku rasa. tak pe lapas cuti ni aku ada sebulan lagi nak brainwash diaorang ni. muda lagi ni... bak kata pepatah, 'belakang parang sekalipun kalau diasah hari-hari, akan tajam juga'. so tak kronik masalah ni. masih boleh diatasi.

tingkatan 2 bestari [ kelas first] maknanya kelas pandai la. aku ajar BM. so kena tanda paper karangan la. tak banyak masalah menanda kertas diaorang ni. cuma ayat agak kurang gramatis. masih boleh diperbaiki.

tingkatan 5 dedikasi [ kelas no.2 ]. kelas sederhana bijak. aku ajar perdagangan. subjek yang tak pernah aku belajar time aku form 5 dulu. banyak benda aku kena belajar. jumpa ketua panatia, jumpa ketua bidang tuntut ilmu. sebelum aku ajar, aku yg study dulu. belajar bagi faham, supaya aku tak ajar ajaran sesat. bila exam, kerja aku sangat ringan. banyak yg salin soalan jek. sure ramai yg tak lulus ni. huh..salah aku ke ni???? adus...menjawab la aku time post mortem kang. +_+ mati...mati..

tu la cikgu...cuti pun kerja jugak. banyak yg salah anggap yg cikgu ni kerja mudah. KEPADA ORANG-ORANG YANG BERANGGAPAN SEDEMIKIAN, SILA FIKIR BALIK SEMULA. KERJA GURU NI BUKAN MUDAH. BUKAN CALANG2 ORANG YANG TAHAN SERTA MAMPU BERTAHAN DAN BERSABAR.

akhirnya....menanda kertas periksa dah selesai.. aku nak enjoy... sebelum start sekolah balik. sebab, bila dah start sekolah, aku pulak yang akan di brainwash time post mortem kang. sebelum tension...baik aku happy2 dulu. jom pi KL...beli baju raya. yey ^^,

Thursday, May 12, 2011

skuter EGO LC dan aku


skuter tu bukan aku yg punya. mak aku yg punya. dia beli skuter tu bagi memudahkan dia berulang-alik ke balai raya dimana mak aku dan kawan2 warga emasnya menambah pahala dengan bertadarus bersama-sama. suci betul niat mak aku. tapi bila aku mula ditawarkan bekerja, aku tak ada transport nak berulang-alik. so dengan rela hatinya, mak aku pun bg la skuter ego LC nya yg ala2 bau kedai lagi tu kat aku. aku memang perlukan cik CCT tu. so...bermula la kerjaya aku sebagai cikgu ganti kat sebuah sekolah menengah.

setiap pagi cik CCT tu bawak aku pegi sekolah. memulanya aku agak berkira2 gak la nak menyarungkan helmet kat kepala aku yg telah siap bertudung cantik. sebab aku cukup risau kalau tudung aku tu kepot-kepot [a.k.a berkedut2 kat depan dahi tu, kalau pompuan sure paham] tapi perjalanan ke sekolah terbabit kira-kira 23 kilometer, memang memaksa aku menyarung helmet terbabit kat kepala aku. dengan cermat, aku pakai helmet, tapi aku pastikan betul2 yang helmet terbabit tak merosakkan tudung aku. [hehehehe...tau melawo jek aku ni... ngeh..ngeh..ngeh] vVvRRRrrroooommmmmm... cik CCT memulakan perjalanannya yang mulia...

sedar tak sedar dah 3 minggu aku bergelar minah skuter. hmmm...bermacam2 pengalaman yang aku dapat bila memulakan perjalanan seawal 6.45 pagi ke sekolah. yg paling aku tak tahan...setiap hari mesti ada bangkai binatang mati di langgar. huhuhuhu...aku yang berjiwa sentimental ni ala2 nak nangis gak bila tengok kebanyakkan binatang yang mati tu dalam keadaan yang agak ngeri. sadis pun ada.. ada musang....monyet..kucing hutan...kucing pun ada. kesian kucing tu... [aku memang suka kucing hehehe]

tu baru cerita pasal binatang mati di langgar. kes aku kehilangan stiker yamaha lagi dasyat. pelik betul budak2 sekolah ni. nak buat kes curi pun agak2 la.... stiker yg harga 3, 4 ringgit pun nak gak rembat gak ke? huh...sengal tol korang. dari korang rembat stiker tu...baik la korang rembat duit berjuta2. dosanya sama jek... cikgu disiplin siap announce kat perhimpuan. siap mintak pulang balik sebelum siasatan lebih lanjut dijalankan. hmmm...seminggu berlalu...tak ada sape pun pulang stiker tu. aku tak kisah pun...aku bukan tak mampu beli balik stiker tu. aku pun da tau sape yg ambik. cuma malas nak panjangkan kes. biar la...budak2 nak meningkat dewasa ni memang banyak kerenah.

bila balik sekolah da tengahari. panas rembang. kul 2.30, korang agak la panasnye cam mana. so aku nak tak nak kena balik gak la rumah. dengan kesabaran yang tinggi [kadang2 tak sabar langsung..hehehe] aku memandu cik CCT balik ke rumah. masa ni la...nak hangin satu badan. biasa la...Tuhan tu sering kali menguji kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran. waktu balik aku...sama dengan budak sekolah balik. bebudak merempit tak usah kira la... tapi aku banyak naik angin ngan pakcik2, atok2, makcik2, serta nenek2 yang tau memandu tapi tak tau undang2 jalan raya. masuk simpang sesuka hati, keluar simpang pakai redah jek. aku terpaksa membrek kecemasan setiap kali golongan ini buat kesalahan. lutut aku ni...lebam gak la. hmmm.... amik lesen zaman dulu tak ada undang2 pasang signal kot. ^O^

abis minggu ni, bermakna da 4 minggu aku ulang alik ngan cik CCT. kulit aku yg cerah dulu da jadi ala2 tan da pun. tak payah gi pantai nak jemur2. aku masih ada 1 bulan lagi nak teruskan kerjaya murni aku tu. maka selama 1 bulan lagi la cik CCT akan berulang alik dengan aku. kalau dulu time belajar selalu la jadi pembonceng.[rindu pada en. ABQ, mana tah dia sekarang huhuhu ] skrg bila dah jadi pemandu motorsikal baru aku faham, atas jalan raya kita kena banyak sabar. sebab sikap manusia ni bermacam ragam. bak kata pepatah 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. terima kasih cik CCT. kerana mengajar aku erti kesabaran.

Friday, May 6, 2011

apabila aku mula berhenti berharap.... +_+


apabila aku berhenti berharap. semuanya sudah tak pasti, kabur dan kelam... aku tak faham keadaan atau keadaan itu yg tidak pernah cuba untuk memahami aku. penat berharap....memaksa aku untuk berhenti. berhenti sebelum sesuatu yang lebih kejam terjadi. kejam buat diri aku yang terlalu berharap.... angan-angan aku.... impian aku...semuanya jadi sia-sia. penat menunggu... penat melayan perasaan yang bercampur baur. aku rasakan semangat yang dulu mula bertunas....mulai gugur satu persatu... aku semakin lemah.. aku semakin keliru dengan perasaan aku... Tuhan... dugaan apakah ini... begitu hebat dugaan-Mu terhadap aku. aku tak mampu menanggung semua derita ini... [sigh]....

apabila aku berhenti berharap.... aku masih cuba untuk tidak membazirkan titisan air jernih di kelopak mataku... aku cuba untuk bersabar... cuba untuk menerima keadaan yang berlaku... sejarah tak mungkin berulang...

apabila aku berhenti berharap...aku cuba buang jauh2 semua kenangan dulu. cuba untuk tidak mengingat semua kisah lama... alangkah baiknya jika aku mampu men'delete semua kenangan lama. aku yakin...segala kesakitan yang membebani aku ini akan terbang meninggalkan aku... hmmm....alangkah baiknya kan...

apabila aku berhenti berharap....aku tak tahu kenapa perlu kenangan lama itu mengusik jiwa. alangkah baiknya jika hati aku ini sekeras batu... tidak terkesan dengan apa juga dugaan yang mendatang. aku penat...letih...lelah.. sampai bila semua ni perlu aku tanggung sendiri???? kenapa aku masih terkurung dalam siksa yang membebani jiwa aku ni... kenapa aku tak mampu untuk keluar... kenapa aku tak mampu untuk mendorong diri aku untuk keluar dari siksa kenangan lampau ni. lemah sungguh aku.. ya...aku manusia yang lemah... Tuhan....berikanlah aku petunjuk-Mu...

apabila aku berhenti berharap...
aku perlukan sebuah kekuatan...



forever broken


tried very hard to beleive that all the pain...the misery is just a dream... A ninghtmare.
want to woke up, but I'am already awake
feeling the bitter emptiness in my already tortured soul.
really want to scream, but will it change everything for better
torn and broken; forever grieving for the foolishness.
Aching and wounded. the scar will never heal. the cure was never found
the sighning and groaning lasted.
will never tame my heart....will never quited it from crying
with such horrible pain...at heart and mind
that such much memories; that such much promises
will never be erased.... tired; but it didn't ceased
it burned out my feelings.
the pitiless pain; still raging and maddened my soul..

[copyright from: en.zackputra's collection]


Thursday, April 14, 2011

ya Allah...berilah bahagia itu milik aku =)


semua orang mahu bahagia...aku jugak tak terkecuali. aku ingin bahagia itu milik aku. tapi aku tak nampak pun caranya lagi...kabur dan kelam. ape yg patut aku buat? jerit pada 1 dunia ni yg bahawasanya aku kepingin untuk bahagia? hishhh...memalukan. aku bukan seperti itu....

aku tak mampu ubah segala yg berlaku. setiap kali kawan2 aku invite aku tuk attend wedding diaorang, aku jadi sedih. bila la aku akan jadi macam diaorang tu sume. mak aku pun hari2 da bising. asyik suruh aku kawin jek. katanya aku bukan muda lagi. tapi aku rasa aku macam muda je lagi. so no hal bagi aku. tapi bila aku jejak kaki kat wedding kawan2 aku, ayat wajib yg pasti diaorang tanya aku ialah 'ko bila lagi'. so jawapan selamat yg aku bg ialah 'jodoh aku datang lambat'. sabar ek kengkawan sume. harinya akan tiba. cuma aku tak tau bila. korang2 sume akan aku invite. kasi perabis la nasik minyak n gulai daging masa kenduri aku tu nanti. makan la sampai buncit. hahaha...

hmmm...mana la jodoh aku kan. kenal ke aku ngan dia? baik ke dia? adeh...banyak tol soalan yg tak mampu aku jawab. en.jodoh...segera la muncul. kita kenal2. hahaha... boleh ke macam tu. Ya Allah....setiap hari aku memohon, berilah bahagia itu milik aku. permudahkanlah segala urusan hidup aku.

Tuesday, April 12, 2011

28 mac yg ke-7 ' vs' 22 april yg ke 7


suram sangat 28 mac yg ke 7, sama la jugak dengan 28 mac yg ke 6 dulu... bosan. sebelum yg ke 6 dan yg ke 7 tu...ceria sangat. macam pelangi.. macam2 warna ada... aku boleh jadi kekanak tabika sebut satu2 warna yg ada... itu dulu....masa berdua, bila kita lonely, semua gelap...

korang tentu tertanya2 ape kena mengena tarikh 28 mac tu pada aku kan? ape pulak yg ke 7 tu.... tarikh aku di beranakkan ke? hahahaha...bukan..bukan...dan salah.. sure ada yg tepat tekaan korang kan... 28 mac adlh anniversary aku dan DIA. suatu ketika dulu, iaitu 5 tahun yg sudah... 28 mac utk tahun yg ke 6 dan 7 kami tak sambut...sebab AKU... i'm not the perfect person... well...cakap omputih lak aku ni kan..

lagi satu, sure korang tertanya2 lagi, 22 april tu ape pulak kan... tarikh 22 april adalah tarikh si DIA lahir. aku ingt lagi 1st hadiah birthday yg aku bg kat dia. hadiah tu DIA simpan dalam almari jek... malu nak bawak kua.. mungkin agak kurang maskulin hadiah yg aku bg kat dia tu.. hadiahnya adalah... jeng..jeng..jeng.. SEEKOR TEDDY BEAR. CHEH...teddy bear??? sure korang akan cakap aku merapu bg teddy bear kat seorang lelaki kan... aku tak tau nak bg ape, so aku belikan DIA hadiah yg aku suka. AKU SUKA TEDDY BEAR....sangat....sangat...suka. jadi aku pilih seekor 'FLUFFYTEDDY' untuk DIA.

tapi kami hanya sempat gembira bersama2 untuk 5 tahun yg lepas... masuk tahun ke 6, kami masing2 jauh. macam2 masalah kami hadapi. kalau dulu kami selalu sangat jumpa... jalan2 sekitar 1st kolej, makan2 kat 6th kolej, jumpa2 kat tempat kami belaja...hmmm nak katakan aku dan DIA selalu jumpa. hari-hari. tapi bila masing2 jauh...kami mula gaduh2.. mula2 kecik..pastu makin besar..makin besar...BOOOOMMMM... meletup... apa yg membuatkan aku angin satu kepala ialah....aku terbaca mesej pempuan lain kat hp DIA. so.. bulan 2 kami CLASH, selepas aku balik dari sebuah temuduga di bandaraya bersejarah. masa tu aku sungguh nekad... aku tak pandang belakang dah.. dia call aku tak layan... marah sungguh masa tu.. aku rasa di khianati.

lama aku cari kekuatan utk jadi seperti sekarang.. kuat dan tabah...(tabah ke? abis tu tadi ko nangis kan...) heheh...kuat la tuk terima perpisahan kami.. kalau dulu aku yakin sangat bahawasanya aku akan menamatkan zaman bujang ini melalui ikatan perkahwinan antara aku dan DIA. tapi segala-galanya berubah... aku dan DIA tidak bersama..

dalam pada aku cuba untuk bangkit dari kesedihan...aku dengar khabar, DIA sudah bertemu pengganti.... masa tu, aku tak tau kenapa air mata aku laju jek turun... mula la segala kenangan antara aku dan DIA berlegar2, berputar2 dalam kepala. aku rasa macam demam...panas sangat. aku bernasib baik la...ada kawan2 yg paham. diaorang nasihatkan aku, bawak aku jenjalan.. melalui kengkawan aku jugak la...aku dapat ayat yg paling klise dalam malaysia ni, "kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum". thanks my pren... u allz la kekuatan aku. so...aku mula terima kenyataan yg mmg kami tidak berjodoh.

kepada DIA...ini kata2 ku...

sy tak pernah lupa tarikh2 keramat kita..
sy tak pernah berhenti ingat setiap memori kita...
sy tak pernah kerat rambut sy lps kita clash...(sbb awk suka sy rambut panjang,even sy bertudung)
sy tak pernah tak ambik tau hal awk...(thats why la..sy tau awk da ada pengganti sy)
yg paling penting......
sy tak pernah berhenti cintakan awk....:'(

Thursday, March 3, 2011

aku dan dia


hari ni aku benar2 diselubungi seribu...sejuta... hmmm...entahlah, tak terbendung rasa penyesalan aku ni... resah sungguh hati aku. singkat benar ilmu di dada aku... oh Tuhan...sesungguhnya hambamu ini benar2 kesal dengan apa yang telah berlaku..

apa kaitan penyesalan aku dengan anak ayam??? apa kaitan rasa bersalah aku dengan anak ayam??? mungkin semua ingin tahu bukan? AKU TELAH MENYEBABKAN ANAK AYAM ITU MATI. ya...AKU yg sebabkan ayam itu menemui ajalnya walau usianya belum pun sampai sehari.

KEJAM!!!! itu yg mungkin bermain difikiran kamu semua bukan? sesungguhnya aku sekelumit pun tidak berniat untuk mendatangkan sebarang kecederaan terhadap ayam itu, apatah lagi menyebabkan ayam itu MATI.

lahirnya anak ayam itu ke dunia amat sempurna, punyai 2 mata yang bulat dan hitam pekat, punyai kepak yang cukup gagah, warna cokelat kehitaman dan paruh kuning keorenan...cukup sempurna lahirnya. sangat comel.

masih terngiang2 suara manjanya ditelinga aku tatkala ibu serta adik beradik lain meninggalkan dia. ya..ibumu sudah pergi jalan2. mengajar kakak dan abangmu mengais2 tanah mencari makanan. La...kenapa ibu kamu tinggal kamu sayang???

oh...kamu tak mampu jalan ya... kenapa? kakimu kan kuat. eh...kenapa kamu tak mampu jalan? ibu kamu terpijak kamu ye?? ala...kecian betul.. aku lihat kaki dia macam lembik jek... rasanya betul la..ibu dia terpijak dia kot. ah...biar la...esok2 baik la kot..lagi pun ayam ni baby lagi..

dia masih lagi menagis manja... aku keluar semula. aku jenguk dia kat dalam sarang dia...kenapa ye?? sejuk ke? atas sifat kasih sayang...aku ambik dia, aku usap2 kepala dia. dia senyap kejap, tapi menagis lagi.. sedih la..kena tinggal ibu. kalau aku pun nagis..kecik2 da kena tinggal.

aku tak sampai ati nak biar dia duk dalam sarang dia. sejuk nanti, so aku ngan baik hatinya letak dia kat ayam yang tengah mengeram kat sebelah. panas sikit nanti..mungkin cepat dia sembuh.

aku sambung buat kerja rumah, tapi lepas setengah jam, aku jenguk balik anak ayam tu... tapi..MASYA'ALLAH.... dia da mati... masa aku letak dia tadi...mak ayam tu ok je...baik je terima dia. aku bajet ayam tu mampu la jadi ibu angkat yg mithali. owhhh...ko pendera rupanya..tau la tu bukan anak ko..

sadis sungguh dia... matinya dia dalam keadaan yang parah. sangat parah aku rasa. sebelum aku angkat dia keluar dari sarang ibu angkatnya itu...sempat la aku luku2 2..3 das kepala ibu ayam tak guna tu...

sekarang sape yang kejam??? aku atau ibu ayam tak guna tu?? walau apa pun...aku tetap diselubungi penyesalan yang tak sudah. kalau la aku tak letak dia kat ibu angkat dia tu...sure dia tak mati lagi sekarang ni.

maafkan aku anak ayam.... Tuhan...ampunilah hambamu yang cetek ilmu ini.. sesungguhnya aku hanya ingin dia hidup.

p/s: buat pengetahuan korang2 semua...anak ayam tu telah aku semadikan dengan baik kat belakang rumah aku. damai lah kamu di sana...

Wednesday, February 23, 2011

DPLI ambilan 2011

kepada sesiapa yang berminat untuk memohon DPLI sila alert ngan tarikh yg diberi. selamat maju jaya buat semua.

Kalendar Aktiviti DPLI 2011
28 Februari 2011 - Iklan
1 Mac 2011 - Permohonan dibuka
16 Mac 2011 - Permohonan ditutup (Borang online)
19 Mac 2011 - Tarikh Tutup penghantaran salinan sijil ke IPTA..

Monday, February 21, 2011

keputusan STPM 2010


hmmm....hari ni mungkin jadi hari yg paling bersejarah buat adik2 yg telah menduduki peperiksaan STPM tahun lepas.... ada yg berjaya...dan ada juga yg tak berjaya... ada yg menangis gembira dan tak kurang juga ada yang menangis kecewa.... hmm...yang berjaya tu Alhamdulillah... namun bagi yg tak berjaya...jangan putus asa.. rezeki kamu mungkin ada kat tempat lain. cuma masa yg belum sampai.... Tuhan tu sering menguji kita, supaya kita semua ni tak leka.

kepada yg berjaya jangan leka. isi cepat2 kursus yg berkenan dihati. mohon la universiti mana yg menjadi idaman kalbu. jangan lambat2....jangan isi kursus sebab mengikut kawan. ambil kursus yg bersesuaian dengan result kamu.

kepada yang tak berjaya tu pulak....jangan sedih2 ye... mungkin bukan rezeki kamu... cuba bidang lain pulak ye.. sekarang ni orang yang ambik sijil kemahiran lebih laku dari yg ada degree. so fikir2 kan la ek... sekarang ni banyak peluang belajar kemahiran. cuma 'nak' dan 'tak nak' je..

kepada yg berminat nak sambung belajar kat IPTS pulak pastikan institut yg kamu pilih tu di iktiraf oleh JPA. takut2 nanti bila dah separuh jalan belajar...tup..tup jek program pengajian kamu tu tak di iktiraf... hmmm....duit melayang, masa pun terbuang.

fikir baik2 sebelum buat keputusan... bincang dengan keluarga atau datang je sekolah bincang dengan guru2 kamu, terutama guru kaunseling... mungkin mereka ada pendapat bernas untuk dikongsi bersama..